Dapat Google Sitelinks

Macam tak percaya ataupun mungkin browser dekat laptop ini yang mengindeks.Dari search engine google yang aku buat blog cabuk ini rupanya Dapat Google Sitelinks sememangnya tidak diduga oleh fikiranku.


Ada yang mengatakan daripada hasil kajian oleh pakar SEO,blogger dan sebagainya,menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik pada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor berikut:

☛  Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
☛ Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas juga klik pada link yang ada di enjin carian
☛ Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
☛ Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang bergunaUsia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih) 

Manfaat Google Sitelinks

Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi,secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut.Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat,menarik dan berkualiti. 

Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP),Selain itu,Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.

Petikan Dari Webmaster Google Tentang Sitelinks


Buffered Earning Bulan September 2014

Atas kesibukan kerja lama juga aku tidak menaip entry untuk blog cabuk ini.Dalam masa yang sama lama juga tidak buka akaun nuffnang.Macam tak percaya Buffered Earning Bulan September 2014 atau CPUV sudah berada dalam genggaman.


Kadang aku jadi hairan dengan Nuffnang nak kata blog aku ni hebat tidak sehebat mana pun visitor yang datang terjah tidak sebanyak mana.Mungkin atas aspek kesetiaan padanya kot...ha ha.Itu yang Nuffnang masih sudi bagi BE pada blog ini.Jom lihat.

Jika kita google cari tutorial nak dapatkan BE ni beribu-ribu lemon banyaknya tentang menaikkan BE/CPUV.Paling popular selalu update servey/blogger bio.Tapi mungkin ada betulnya juga sebab diorang akan lebih yakin nak bagi ko orang ads.


Tapi bagiku kesabaran amat penting disamping itu tingkatkan usaha dan memperbaiki apa yang kurang tentang blog kita.Rajin update blog maintainkan trafik.Apapun terima kasih buat pihak Nuffnang atas BE/CPUV untuk blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,