Cara Merangsang Anak Rajin Belajar

Ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak mereka berjaya dalam pelajaran.Namun ada setengah pelajar malas untuk belajar,Cara Merangsang Anak Rajin Belajar boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:


1.Sediakan keperluan anak belajar secukupnya.Seperti buku tulis,buku tambahan,soalan-soalan peperiksaan tahun lalu,pen,pensil dan pemadam perlu disediakan.

2.Meletakkan matlamat bahawa anak boleh berjaya.Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka.Sikap begini pasti merugikan.Anak-anak yang cemerlang lahir daripada ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkat kan prestasi pelajaran mereka.

3.Semak beg anak-anak dari masa ke semasa untuk mengetahui anak-anak membuat kerja sekolah atau tidak.Dengan menyemak beg mereka kita dapat memastikan tiada perkara yang tidak elok dilakukan.

4.Membuat peraturan waktu belajar,bermain dan rehat yang disenangi oleh anak.Minta pandangan dan persetujuan dari mereka terlebih dahulu.

5.Menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak.Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul dan apabila mereka menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pelajaran.Dengan ini anak akan rasa lebih bersemangat.
6.Memberikan hadiah setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan dalam masa yang sama akan mendorong mereka rajin belajar.
Berikan anak-anak anda pemakanan yang dapat merangsang minda.Anak-anak perlukan pemakanan tambahan bagi menambah tenaga dan mencerdaskan otak.