Hepatitis B ini berjangkit dari ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan darah.Lambakan pendatang asing dari pelbagai negara di Sabah dan Sarawak mungkin faktor penyebab berlakunya peningkatan hepatitis B ini di kedua-dua negeri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kempen kesedaran penyakit hepatitis peringkat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Majlis perasmian tersebut turut mendapat perkenan cemar duli dan disempurnakan oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan pesakit-pesakit hepatitis seluruh negara untuk membantu memberi sokongan rawatan dan kaunseling.
Terengganu adalah negeri pertama yang kita jelajahi untuk kempen ini pada 2012 yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan suntikan vaksin.Malah, sempena kempen ini juga, harga vaksin diberi subsidi iaitu hanya RM60 berbanding RM80 pada waktu biasa,katanya. - Sumber dari BERNAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan