Telur Di Katakan Punca Penyakit Jantung

Telur Di Katakan Punca Penyakit Jantung ini kerana telur tinggi kandungan kelestrol dan anda akan di serang sakit jantung jika sering makan telur.Ini adalah satu fakta yang tidak benar.Persatuan Jantung Amerika telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sukatan spesifik yang disarankan kepada individu tentang pengambilan telur.

Semantara itu,sebuah kajian mengenai fakta diet dan mitos telur yang di terbitkan  dalam Havard Heart Letter  oleh penerbit sekolah perubatan Harvard mendapati tiada kaitan antara tabiat makan telur dengan penyakit jantung seperti yang di dakwa sebelum ini.Sebaliknya telur adalah sumber nutrisi yang baik.Sebiji telur mengandungi 6 gram protein dan lemak tidak tepu yang sihat.
                            
Telur juga kaya dengan sumber kolina iaitu sejenis vitamin B kompleks yang dikaitkan dengan kekuatan memori serta lutein dan zeazantin yang membantu fungsi mata.Sila Ambil perhatian  dengan kaedah penyediaan hidangan berasaskan telur,anda perlu berhati-hati.Ini kerana hidangan sebiji telur boleh berubah kandungan nutrisinya.Ini di sebabkan faktor bahan tambahan yang di gunakan dalam masakan seperti minyak masak dan mayones yang tinggi kandungan lemak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan