Rahsia Sebenar Buffered Earnings Nuffnang

Puas mencari Rahsia Sebenar Buffered Earnings Nuffnang pada search engine,macam-macam rahsia,tips dan trik yang ada untuk mendapatkan
BE dari nuffnang.Keyword paling top nak dapatkan BE mesti mempunyai traffik blog tinggi.Bagi newbie macam admin ini,traffik blog pun tak seberapa.



Macam kecewa je bunyinya,tapi setelah membaca info dari nuffnang untuk mendapatkan buffered earnings,tak pula di nyatakan tentang traffik blog yang tinggi.Yang penting admin dah tahu apa yang pihak pengiklan mahukan.Jom lihat sedikit info di bawah cara nak dapatkan buffered earnings.

Pembaca Blog

Pihak nuffnang akan memilih blog dengan pembaca blog yang sesuai sebagai penonton sasaran mereka.Jika pembaca blog anda termasuk dalam kategori tersebut,Anda kemungkinan besar akan dipilih oleh mereka untuk mendapat buffered earnings. 



Blogger Bio


Ada penulis blog yang tidak mengisi dalam ruangan blogger bio (kaji selidik blog) mereka dengan betul.Ini akan mempengaruhi kempen  iklan di blog mereka.Ruangan kaji selidik blog itu sebenarnya membantu pengiklan tahu blog anda dengan lebih baik.Perlu untuk anda memastikan bahawa kaji selidik semua blog anda di isi dan dikemaskini dari semasa ke semasa. 


Iklan Nuffnang

Unit iklan memainkan peranan yang penting untuk blogger untuk di pilih bagi kempen pengiklanan.Ini kerana pihak pengiklanan telah membahagikan bajet yang sekata ke semua 3 unit iklan tersebut,iaitu Leaderboard, Trade dan Large rectangle.Jika blog anda mempunyai ke semua 3 unit iklan di dalamnya, peluang anda lebih cerah dipilih untuk kempen dan sepenuhnya di maksimumkan. 

Status Glitterati


Memainkan peranan dalam kempen iklan,pihak nuffnang lebih cenderung untuk beriklan dengan blog yang bersatus Glitterati.Ini kerana ia adalah sebahagian daripada program ganjaran dari pihak nuffnang.Bagi status ahli biasa masih berpeluang untuk kempen iklan, tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding dengan yang berstatus Glitterati. 

Untuk CPM

Bagi iklan CPM, pemilihan blog bergantung sepenuhnya kepada keperluan pengiklan, dan industri pengiklanan juga sangat bermusim, justeru itu mungkin masa di mana tidak ada pengiklan mencari kumpulan tertentu penulis blog untuk sementara waktu. 



Kesimpulannya jika blog anda menepati apa yang pihak advertisor inginkan.Buffered earning pasti akan menjadi genggaman anda.Kalau anda nak lebih kepastian,anda boleh bertanya kepada pihak nuffnang.


4 ulasan: