Tutorial Edit HTML Untuk Template Baru Blogger

Salam sejahtera diucapkan kepada yang singgah ke blog ini.Untuk entry kali ini saya ingin kongsikan tentang Tutorial Edit HTML Untuk Template Baru Blogger yang telah bertukar wajah sekarang.

Pening dibuatnya apabila ingin update blog kod html template dah bertukar.Sebenarnya kod html tak berubah sama seperti sebelum ini.Cuma ia lebih sistematik dan tersembunyi untuk menjimatkan lebih ruang.


Kita boleh lihat penggunaan warna tertentu di dalam kod html lebih kelihatan jelas dan memudahkan  kerana ia diwarnai dengan warna yang berbeza.Bagaimana kita nak edit kod html ?

Terdapat tools seperti Back,Save Template,Jump To Widget, Edit Template, Preview Template,Format Template,Revert Change,Revert widget tempate to default seperti gambar di bawah:


                            

Antara tools yang tertera pada gambar di atas tiada bezanya cuma susunannya yang telah berubah.Anda mungkin telah faham tentang fungsi tools ini cuma di bawah ini ada penjelasan mengenainya:
  • Back : Berfungsi untuk menutup halaman edit html.
  • Save Template : Untuk melakukan penyimpanan pada edit template.
  • Jump to Widget :Berfungsi untuk melihat widget yang berada pada header,sidebar,footer,atau post body.
  • Edit template : Akan aktif apabila kita melakukan edit pada kod html.
  • Preview Template : Berfungsi untuk melihat hasil dari edit html yang kita lakukan ke interface blog tiada berlaku error.
  • Revert Changes: Untuk memulihkan,mengembalikan,membersihkan pengeditan yang error kembali sediakala.
  • Revert Widget Template to Widget : Mengembalikan pengeditan template ke bentuk awam dari widget atau gadget blogger.                                                               
Jika sebelum ini kita menyangka kod html kita berubah,sebenarnya tidak sama sekali.Ianya sebenarnya tersembunyi.kita boleh lihat sepenuhnya dengan klik pada anak panah seperti gambar dibawah ini:
  
                                    

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak menggunakan control+F.Caranya sama seperti dulu cuma ada sikit perbezaan,ini kerana akan keluar ruangan search.Caranya masukkan kod html yang anda ingin cari dan enter seperti gambar di bawah ini:

                            

Di harapkan tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang menggunakan template blogger untuk melakukan perubahan pada kod html template.

2 ulasan:

  1. Nice post gan.
    sangat bermanfaat buat ane yang masih baru di dalam dunia blog ini.
    Salam kenal.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Erwan sekadar berkongsi panduan...

    BalasPadam