Tips Bahagia Dari Tekanan

Adakalanya bila kita berhadapan dengan masalah kita sering kecewa dan putus asa.Dari apa yang saya baca Tips Bahagia Dari Tekanan boleh kita atasi.


Sedangkan tekanan itu kita yang cipta bagaimana mahu bahagia dan menjauhinya.

Jadikan syukur dan sabar sebagai penolong

Allah tidak minta kita tertekan,fikir 101 penyelesaian untuk masalah yang Allah beri.Tetapi hanya 2 tugasan yang Allah beri,iaitu sabar dan solat.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar ".

Dan dengan mengerjakansembahyang;kerana sesungguhnya 
Allah menyertai iaitu menolong orang-orang yang sabar."(Surah Al Baqarah: 2)


Bersyukur 

Apabila kita bersyukur hakikatnya kita sudah tidak perlu risau tentang:

- Rezeki aku tersekat
- Rezeki aku lari
- Rezeki aku hilang


Kerana janji Allah pada orang yang bersyukur dia akan beri lebih banyak iaitu tidak terkira dan tidak terbatas.

Dan ingatlah tatakala Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Surah Ibrahim: 7)

Ingat Allah 

Apabila kita sentiasa berzikir kepada Allah,pasti jiwa kita menghadam ketenangan.Kerana Allah 100% saturated positive.Semakin dekat kita dengan Allah,semakin positif zarah dalam jiwa,minda dan fizikal kita.Insya-Allah.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia. 
(Surah Ar Raad: 28)


Maka apabila ketiga-tiga cara ini disinergi,dengan izin Allah hidup seseorang itu akan lebih bahagia tanpa tekanan.

1 ulasan:

  1. Banyak orang terlepas pandang, ' bersyukur adalah perkara mudah yang paling sukar untuk dibuat. Kecuali kepada orang-orang yang tahu nilai nikmat yang mereka punya sekarang.

    BalasPadam