Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kebiasaan si isteri akan menolak untuk diajak bersama. Bagi mereka,  hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.Pada hakikatnya tidak ada hukum yang melarang untuk melakukan hubungan intim. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan yang boleh di jadikan panduan.
                                              
1. Jangan jadikan ia satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan ramadhan seperti menjadi beban buat anda terutamanya isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. 


2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami.Lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. 


3. Cari waktu yang sesuai
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur.


5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan ramadhan dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri.

6. Dapatkan rehat secukupnya

Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan intim ketika di bulan ramadhan.Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. Jaga stamina

Anda juga di nasihatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. 



2 ulasan: