Kita lihat sahaja pada masa sekarang,kes penceraian sudah semakin meningkat,kita sering dengar kes-kes penceraian terbaru.Punca kepada keretakan dalam sesebuah rumah tangga terlalu banyak.Ianya berpunca daripada suami mahupun isteri.
Kegagalan komunikasi antara isteri dan suami juga salah satu punca perkahwinan tidak bahagia.Ada masalah atau rasa tidak puashati di pendam dan tidak di luahkan untuk berbincang.Kurang mesra atau kurang bercakap antara pasangan, juga merupakan punca.
Sifat pada pasangan itu tidak boleh di nilai dalam masa bercinta,ini kerana masa bercinta masing-masing menunjukkan yang terbaik tetapi bila sudah melangkah ke alam rumah tangga,baru kita tahu sifat sebenar pasangan kita.Contohnya,dulu bersifat lembut,penyabar dan bertolak ansur tetapi sesudah berumah tangga bersifat kasar,menjadi pemarah dan pentingkan diri sendiri.
Hubungan intim juga antara penyebab rumahtangga tidak bahagia.Ini pernah di paparkan di akhbar,73 peratus wanita malaysia tidak puas di ranjang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan