Bahaya Memakai Bra Ketika Tidur

Benarkah Bahaya Memakai Bra Ketika Tidur boleh menyebabkan kanser payudara.Seperti yang di laporkan baru-baru ini di Indonesia.Anda mungkin tertanya-tanya dan ingin tahu kebenaran fakta ini.Ini merupakan kata-kata dari seorang pelakon drama tv.


Melihat ibunya menderita akibat kanser payudara beliau telah menyatakan dirinya mengelak daripada tidur memakai bra.Kata-katanya mungkin telah didengari oleh jutaan penonton di Indonesia.Akibatnya ramai wanita mengelak dari mengenakan bra semasa tidur.

Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,seperti yang di nyatakan oleh Dr.Febriansyah,seorang doktor pakar sakit puan di RSIA Kemang Medical Care,Kemang Jakarta Selatan.Menurut beliau tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

Beliau turut menyatakan memakai bra dari jenis yang tidak berdawai,kerana bra jenis yang berdawai ini akan menyebabkan payudara tertekan.Akibatnya aliran darah tidak lancar dan mempengaruhi kesihatan payudara.Tambah beliau adalah lebih baik tidak memakai pakain dalam ketika tidur supaya perjalanan darah akan lebih lancar dan tubuh akan lebih releks dan segar ketika bangun tidur.

3 ulasan: