Amalan Untuk Murah Rezeki

Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Tahukah anda antara Amalan Untuk Murah Rezeki yang perlu kita amalkan ? lihat di bawah ini,apakah kita tidak pernah mengabaikannya:


  • Meluangkan masa untuk beribadah
  • Memperbanyak istighfar
  • Tinggalkan perbuatan dosa
  • Sentiasa ingat Allah (SWT)
  • Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • Banyak berselawat
  • Buat kebajikan banyak-banyak
  • Melakukan aktivi harian di pagi hari
  • Menjalinkan silaturrahim sesama insan
  • Sentiasa kekal berwuduk
  • Bersedekah
  • Bersyukur kepada Allah (SWT)
  • Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
  • Berdoa
  • Berikhtiar sehabisnya
  • Bertawakal

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkan),dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Pendek kata,bagi orang Islam,untuk murah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya,kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT)lalu Allah(SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

3 ulasan: