Doa Ketika Susah

Dalam kehidupan ini setiap orang pasti pernah merasai kesusahan walaupun berbeza bentuk kesusahan yang di hadapinya.Doa Ketika Susah adalah amalan terbaik untuk mententeramkan jiwa dan mengajar kita bersabar dari dugaan yang maha esa.

Kadangkala bagai terhiris hati kita bila mengenangkan keperitan yang kita lalui tapi itu sebenarnya ujian buat kita sejauh mana tahap kesabaran kita untuk menghadapinya.Jika anda sedang mengalami atau dalam kesusahan amalkan dengan membaca doa di bawah ini.

Doa Ketika Susah


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: Tiada tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Belas Kasih, tiada tuhan selain Allah Tuhan Arasy yang agung, tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta Arsy yang mulia (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Tidak ambil peduli siapa sasarannya dan menyerang sesiapa sahaja.Kadang kala ia datang tanpa di duga.Ditengah kebahagiaan yang kita rasakan ia muncul secara tiba-tiba.

Yakinlah Allah s.w.t tidak akan menurunkan kesukaran kepada kita jika kita tidak mampu menyelesaikannya.Ujian yang turun kepada kita membuktikan Allah s.w.t sayang kepada kita.

Sehingga kita menjadi sentiasa dekat dengannya. Mudah-mudahan dengan kesukaran yang dihadapi akan semakin mendekatkan diri kita kepada yang maha esa.

Puaskan Isteri Di Ranjang...!!!
Mencari Kerja Di Rumah...!!!

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,