Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan

Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan bagi memudahkan golongan muda untuk mendapatkan lesen motosikal B2 selama dua minggu bermula dari sekarang.



Borang BL1M boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

Program ini menawarkan harga untuk mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun.

Yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen,gambar,kelas latihan amali, ujian teori,undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Kepada yang ingin mendaftar secara online @ ingin maklumat selanjutnya boleh klik  ==>> BL1M<<==

Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki


Penyanyi Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.Menurut pengurusnya,Aylwin Santiago,Ning Baizura dan anaknya itu kini berada dalam keadaan sihat.

Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik,menerusi satu kenyataan media ringkas pada Khamis.
Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning,37,melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.Ning dan suaminya,Omar Sharif Christopher Layton Dalton,37 berkahwin pada 31 Januari 2008.

Galaxy Note 8.0 Menarik

Galaxy Note 8.0 Menarik rupa bentuknya seakan produk-produk Samsung yang baru dan akan datang dengan S-Pen yang besar.


Menarik semestinya Galaxy Note 8.0 ini dan merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai,apatah lagi dengan skrin bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan Galaxy Note 10.1.


Ada ura-ura mengatakan spesifikasi tablet ini dijangkakan akan datang dengan sepsifikasi seperti berikut: 

-Skrin: 1280 x 800 piksel  
-Prosessor empat teras Exynos
-Memori 2GB Ram  
-Android Jelly Bean
Kita akan melihat pengenalan rasmi peranti ini dengan MWC hanya kurang dari sebulan lagi.

Rahsia Wajah Wanita

Mungkin ada kebenarannya ataupun sekadar kebetulan sahaja.Ini merupakan tajuk entry pada kali ini iaitu tentang Rahsia Wajah Wanita buat pengetahuan anda.Wajah Wanita yang cantik merupakan daya tarikan bagi seorang lelaki apabila melihatnya.


Wanita Berdagu Bulat

Ada yang mengatakan wanita yang mempunyai dagu seperti bulat telur dikatakan ia tidak suka berbohong.Tidak mahu melakukan tindakan secara melulu dan kesetiaan terhadap cintaya boleh di percayai.

Wanita seperti ini mampu memberikan kebahagiaan buat suami dan mampu menjadi pelindung keluarga bahkan ia juga tidak suka bertengkar.

Wanita Berdagu Runcing

Wanita yang mempunyai dagu runcing lain pula perwatakan dan sikapnya.Sepintas lalu ia kelihatan ramah,tenang dan hidup teratur.Sayangnya anggapan itu tidak benar bila dalam hatinya bergolak atau merasa tidak sesuai dengan orang lain.

Secara tiba-tiba pula ia akan beubah menjadi seorang yang cerewet.Tanpa segan silu mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.Ia selalu menjadi mangsa cinta dan mudah jatuh cinta bahkan juga mudah melupakannya.Wanita ini biasanya berwajah cantik dan ramai lelaki mudah jatuh hati padanya.

Wanita Berdagu Besar Dan Tebal

Wanita berdagu bulat dan tebal biasanya pandai berpura-pura.Ia kurang memerlukan kehadiran seseorang lelaki,sedangkan nafsu seksnya amat besar.Apabila jatuh cinta maka segala apa yang dipertahankan mudah terlerai.

Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan seperti otaknya mampu menyelesaikan persoalan yang tidak mampu dilakukan oleh wanita lain.Juga memiliki bakat besar dalam sgala hal juga berpotensi untuk jadi kaya.

Wanita Berdagu Panjang

Wanita berdagu panjang memiliki watak yang bijaksana.Ia tidak cerewet dan berpura-pura dan bertenang menghadapi masalah yang datang dengan berfikir dengan kewajarannya untuk menyelesaikannya.

Pandai menjaga kehormatan baginya kehormatan wanita hanya akan diserahkan untuk insan yang bergelar suami sahaja.Ia juga mempunyai watak sebagai seorang pendendam.

Apa yang diperkatakan diatas hanyalah sebagai bahan bacaan sahaja.Ia tidak boleh dijadikan sebagai ukuran untuk melevel diri seseorang...

Wanita Yang Bertudung Mempunyai Kelebihan

Sesungguhnya Tuhan telah mengaturkan segalanya antara keburukan dan juga kebaikan bagi umatnya.Ini telah dibuktikan dari segi sains mengenai Wanita Yang Bertudung Mempunyai Kelebihan tersendiri.



Bukan hanya sekadar hukum yang diwajibkan untuk wanita muslim memakainya,bahkan ia memberikan kebaikan. 

Antaranya ialah yang tersenarai di bawah ini.
  • Seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit.Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala.Apabila fosforus cair,fungsi otak akan menurun.
  • Ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala.Oleh itu perlu menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang.
  • Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit,ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak.Justeru itu kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.
  • Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh utuk menggunakan pewarna rambut,menurut pakar sains pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.
Ini menunjukkan ada hikmah disebalik kenapa seorang wanita muslim diwajibkan memakai tudung atau jilbab.

Rahsia Inai Di Jari Fida Ibrahim

Inai merupakan satu kemestian yang di pakai bagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan.Tetapi tahukah anda Rahsia Inai Di Jari Fida Ibrahim iaitu seorang pelakon yang kini sudahpun bergelar penyanyi.


Rafidah Ibrahim(Fida)menjelaskan kewujudan inai di setiap kuku tangannya bukan bermakna dia sudah berkahwin.Menurut Fida tujuan dia memakai inai di kesemua kuku tangan,hanyalah untuk menaikkan seri kuku tangannya.

Fida suka melihat wanita memakai pewarna kuku,bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita muslim,lalu memilih untuk memakai inai.Kecantikan inai juga mampu menaikkan lagi seri kuku,menurutnya.

Beliau mengenakan inai sejak hujung tahun lepas,menurut Fida bagi memastikan inai nampak selalu cantik di kukunya,dia akan memastikan untuk memakainya seminggu sekali.

Cara Menjaga Mata Dari Radiasi Komputer

Mata merupakan organ yang paling berharga buat kita.Tetapi tahukah anda Cara Menjaga Mata Dari Radiasi Komputer mengenai pengaruh sinar radiasi yang dipancarkan dari monitor yang akan menganggu kesihatan mata seseorang. 


Berikut terdapat beberapa cara untuk mengatasi kelelahan dan ketegangan mata di saat bekerja di depan monitor.Semoga dapat memberikan manfaat dan juga menjaga pancaindera kita yang paling utama ini.

1) Jgn terlalu dekat dgn mnitor ( Minimal jarak dengan mata +- 75CM)

2) Cahaya 

  • Elakkan menggunakan komputer dalam ruangan yang terlalu terang ia boleh menyilaukan mata.
  • Elakkan dari ruangan yang terlalu gelap ini akan membuatkan daya penglihatan menjadi lebih fokus dan seterusnya dapat memenatkn mata.
3) Gunakan filter monitor- untuk mengurangi sinar yang menyilaukan dan radiasi yang dipancarkan.boleh gunakan filter glass monitor.

4) Masa menaip gunakan font yang cukup besar atau zoom supaya kelihatan lebih jelas,ini dapat mengurangkan keletihan pada mata. 

5) Rehatkan mata buat seketika.Pejam atau kedipkan mata ataupun semasa menghadap komputer kedipkan mata banyak kali ini dapat menjaga mata anda supaya sntiasa lmbab dan kering. 

6) Bila mata terlalu tumpu pada monitar cuba alihkan pandangan anda seketika ini bertujuan untuk menyegarkan mata anda. 

7) Periksa kacamata atau contact lense yg anda gunakan.Kemungkinan power naik tanpa sedari,ini akan menyebabkan mata anda bekerja lebih kuat dari biasa. 

 Semoga info ini dapat memberikan manfaat untuk melindungi pacaindera anda...

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Dihempap Televisyen


Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumahnya di Kampung Masjid Lama,Telok Chengai dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam semalam,Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan dikatakan sedang menonton televisyen sambil bermain berhampiran rak televisyen itu.


Bapa mangsa Lazzuan Ishak 37,berkata semasa kejadian dia sedang mandi manakala isterinya,Waida Kasim 27,sedang bersolat.
"Sementara menunggu isteri saya selesai sembahyang,saya lihat dia (Muhammad Luqhman Hakim) sedang bermain,tetapi disebabkan badan panas, saya pergi mandi dulu.
Semasa saya mandi,ibu saya tolong tengok-tengokkan dia tetapi tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat, saya terus keluar dari bilik air untuk melihat apa yang berlaku.
Saya lihat televisyen bersama rak meletak televisyen yang diperbuat daripada besi telah jatuh dan menimpa anak saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya dia dan abangnya segera membawa anak tunggalnya itu ke sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan dan anaknya ketika itu masih lagi bernafas.
"Anak saya yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada disahkan meninggal dunia ketika tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan dan kakitangan hospital itu mengarahkan agar kami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah" katanya.

Lazzuan berkata sebelum ini dia selalu menegur Muhammad Luqhman Hakim supaya tidak bermain berhampiran televisyen kerana bimbang kejadian seperti itu berlaku.

Jenazah Muhammad Luqhman Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Chengai pukul 10 pagi.Sementara itu,polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata berkata bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala. - Bernama

Rahsia Mandi Sebelum Waktu Subuh

Menurut kajian,kandungan gas ozon pada waktu pagi adalah lebih tinggi berbanding pada waktu lain.Tetapi ramai yang tidak tahu Rahsia Mandi Sebelum Waktu Subuh dan kepentingannya untuk tubuh badan anda. 



Jika anda mandi sebelum waktu subuh,ia bukan sahaja membersih malah memberikan kesegaran dan kebaikan untuk tubuh badan anda.Antara kebaikannya ialah :

Kulit Lebih Lembut Dan Halus

Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat bagi menghilangkan kesejukan.
Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata,mandilah dengan menggunakan air sejuk.Ini kerana air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.Begitu juga dengan kuku.Ia akan menjadi lebih sihat,kuat dan tidak mudah pecah.Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


Melancarkan Peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar,maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Malah anda juga boleh melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih.

Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan akan menjadi lebih positif apabila anda mandi pada waktu pagi.
Yang mana ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Bagi mengurangkan risiko penyakit darah tinggi,mungkin ini merupakan salah satu cara yang boleh anda amalkan.
Insyaallah,dengan izin ALLAH,anda akan memiliki tubuh yang sihat.


Mengurangkan Tekanan 

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring.
Buat anda yang mengalami tekanan,inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. 


Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan manusia.
Apabila sel darah putih banyak,maka daya tahan penyakit terhadap virus dalam tubuh badan meningkat.Oleh itu anda tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Gambar Hantu Di UITM Lendu Berjaya Dirakam

Hangat sedang diperkatakan tentang Uitm Lendu dalam beberapa hari ini.Khabarnya Gambar Hantu Di UITM Lendu Berjaya Dirakam oleh seorang pelajar di Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara(UiTM)Lendu,Melaka sedang dilanda masalah histeria ketika ini.Lihat ini...


Ada yang mengatakan imej dalam gambar itu adalah orang minyak.Selain itu tersebar kisah bahawa rasuk dan histeria sedang berleluasa di sana.Dikatakan semalam ada budak-budak membuat program tarian ulik mayang yang menyebabkan mula berlaku gangguan.

                                       

Menurut seorang pensyarah ketika dihubungi di Melaka malam ini. Apa yang diketahui kekecohan yang berlaku menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu mengadakan bacaan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama.

Jeling Anak Belai Emak

Jeling Anak Belai Emak.Itu yang berlaku terhadap seorang wanita apabila dia dipercayai dikenakan rakan sekerja suaminya menggunakan minyak pengasih di Kampung Sungai Buaya Banting.

Di fahamkan mangsa Ruzaiti Kamis 36, tidak pulang ke rumah sejak 7 Januari lalu dipercayai terkena penangan minyak gajah berahi hingga sanggup mengikut lelaki berusia 33 tahun itu dan meninggalkan tiga anaknya berusia empat 11 dan 12 tahun.
Menurut suaminya Maizi Salleh 38, kejadian bermula apabila dia selalu mendapat tugasan luar ke serata negeri dan sering meminta rakannya itu menjenguk anak dan isterinya di rumah.

Bagaimanapun rakan yang disangka baik rupanya gunting dalam lipatan apabila lelaki terbabit melarikan isterinya dan memisahkan Ruzaiti dengan tiga anaknya.
Lebih malang Maizi turut menemui lebih lima botol minyak wangi dalam beg sandang isterinya dipercayai minyak pengasih berdasarkan objek pelik serta maklumat pengamal perubatan yang diperoleh.

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012 tahniah ! selepas sembilan minggu bertanding,gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2012(MLM 2012) menjadi milik kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan apabila mereka diumumkan juara dalam acara yang berlangsung di stadium tertutup majlis bandaraya Johor Baru(MBJB).

                         
Kemenangan Jozan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Dalam pada itu,Johan yang sebelum ini tidak dapat menyertai pertandingan berkenaan sejak dua minggu lalu akibat kecederaan ligamen membuat kejutan apabila muncul pada persembahan pusingan pertama.
Berikut merupakan senarai penuh kedudukan pemenang untuk MLM musim kedua:
Juara : JOZAN (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro)
Naib Juara : JAMBU (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-3 : SHIRO (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-4 : BOBO (Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-5 : SAY WHO (Membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro)

Doa Ketika Susah

Dalam kehidupan ini setiap orang pasti pernah merasai kesusahan walaupun berbeza bentuk kesusahan yang di hadapinya.Doa Ketika Susah adalah amalan terbaik untuk mententeramkan jiwa dan mengajar kita bersabar dari dugaan yang maha esa.

Kadangkala bagai terhiris hati kita bila mengenangkan keperitan yang kita lalui tapi itu sebenarnya ujian buat kita sejauh mana tahap kesabaran kita untuk menghadapinya.Jika anda sedang mengalami atau dalam kesusahan amalkan dengan membaca doa di bawah ini.

Doa Ketika Susah


لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْØ­َÙ„ِيمُ لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْØ´ِ الْعَظِيمِ لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّÙ…َÙˆَاتِ Ùˆَرَبُّ الأَرْضِ Ùˆَرَبُّ الْعَرْØ´ِ الْÙƒَرِيمِ

Maksudnya: Tiada tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Belas Kasih, tiada tuhan selain Allah Tuhan Arasy yang agung, tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta Arsy yang mulia (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Tidak ambil peduli siapa sasarannya dan menyerang sesiapa sahaja.Kadang kala ia datang tanpa di duga.Ditengah kebahagiaan yang kita rasakan ia muncul secara tiba-tiba.

Yakinlah Allah s.w.t tidak akan menurunkan kesukaran kepada kita jika kita tidak mampu menyelesaikannya.Ujian yang turun kepada kita membuktikan Allah s.w.t sayang kepada kita.

Sehingga kita menjadi sentiasa dekat dengannya. Mudah-mudahan dengan kesukaran yang dihadapi akan semakin mendekatkan diri kita kepada yang maha esa.

Buat Duit Dengan Blog

Betulke blog boleh menjana pendapatan sampingan.Persoalannya tidak ramai yang berjaya Buat Duit Dengan Blog mungkin belum ada rezeki agaknya. Tahukah anda bagaimana blog ini berfungsi untuk menjana income adakah sekadar join nuffnang ads dan meletakkan iklan di blog dah boleh dapat duit.
Buat Duit Dengan Blog

Memang tidak dapat dinafikan bagi blog yang popular memang mudah buat duit dengan nuffnang sampai beratus dan beribu income yang datang.Tapi blog yang kurang menyerlah perlu kena cari alternatif lain untuk menghasilkan duit dengan blog.Antaranya:

Sertai Program Affiliate
Anda hanya perlu mencari program affiliate yang sesuai dan sertainya pendaftaran adalah percuma anda akan di bayar apabila terhasilnya jualan melalui produk yang anda promosikan.
                                   
                              Komisyen Affiliate Yang Saya Terima 
Statistic Akaun Affiliate Anda
Rekod Klik Terhadap Link Affiliate Anda
786 Click(s)
Rekod Jualan Anda - PENDING
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - VERIFIED
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - PAID
4 Unit
MYR 150


Statistic Akaun Affiliate Anda
Rekod Klik Terhadap Link Affiliate Anda
299 Click(s)
Rekod Jualan Anda - PENDING
0 Unit
MYR 0
Rekod Jualan Anda - VERIFIED
1 Unit
MYR 20
Rekod Jualan Anda - PAID
5 Unit
MYR 100

Bagi yang ingin menyertai affiliate terdapat panduan lengkap untuk anda jana komisyen dan belajar teknik-teknik power untuk buat promosi dari otai
affiliate boleh lihat di sini

Syarikat Pengiklanan
Sertai syarikat pengiklanan antaranya says ini kerana says lebih mudah dapat earnings ia boleh promosi di facebook twitter dan juga blog.Jom lihat earning says yang saya baru sertai baru-baru ini.


  • aimanfirdauss
  • 9Remixes
    Shared
  • 76Specials
    Shared
  • 370Total
    Unique Visits
  • 106Contribution
    Points (CP)
  • RM51.80Total
    Earnings
Bagi yang nak buat duit dengan says boleh daftar di sini.Pendaftaran percuma tak perlu modal sambil share iklan sambil dapat duit.Banyak lagi cara nak buat duit dengan blog tapi cukuplah dua cara diatas untuk anda bermula menjana pendapatan.

Trafik Blog Meningkat Minggu Ini

Salam semuanya kepada yang singgah untuk membaca entry ini.Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi kepuasan sebagai seorang blogger bila blog di kunjungi ramai pengunjung.Trafik Blog Meningkat Minggu Ini
secara mendadak mungkin disebabkan keyword blog ini hits dalam carian google.

Trafik Blog Meningkat Mingg Ini

Macam tak percaya kerana sebelum ni hanya 100 unique visitor sehari

BLOG MANAGER
  • Aiman Firdauss Blog


TOTAL VIEWS THIS WEEK   4992TOTAL UNIQUES THIS WEEK






























































































K

DateUniquesViews
Dec-26310468
Dec-27516791
Dec-2810541627
Dec-29467743
Dec-30615975
Dec-3113501934
Jan-01680970
Total49927508


Harap-harap trafik blog ini terus meningkat baru bersemangat nak blogging he he....Sape nak blogwalking silakan sama-sama kita meriahkan lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,