Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Top up Selepas GST | Masih Untung Lagi

Terima kasih diucapkan kerana membaca entry ini memang ianya menjadi satu bebanan tapi nak tak nak kena bayar juga.Membeli Top up Selepas GST | Masih Untung Lagi merupakan tajuk kali ini yang mungkin anda tertanya-tanya.


Macam mana datangnya untung sedangkan top up rm30 nak kena tambah rm1.80 6% gst.Itu yang perlu anda ambil tahu dan menjadi pengguna bijak dah tahu gst dilancarkan pada top up kenapa tak nak tukar jerr sim kad anda tu.

Mungkin ramai yang dah melihat orang share dekat facebook,twitter dan sebagainya tentang simkad wow Tone Excel ataupun anda sendiri yang tak nak ambil tahu.Macamana yang dikatakan untung boleh lihat perbandingan dibawah ini.


Memang kena bayar 6% gst tapi dengan simkad syarikat telco anda sekarang boleh dapat macam penguna simkad tone excel dapat bila top up.Satu pengiraan untuk anda tahu kita ambil contoh top up rm50.

- Pengguna sim kad Tone Excel top up rm50 dapat free kredit rm20 + 3% money cash back dari nilai top up = rm71.50
- Free kredit rm20 + rm 1.50 money cash back = rm21.50 - rm3% gst
- Dapatlah untung rm18.50
- Dengan nilai top up rm50 anda layak mendapat PA insuran percuma rm100k

Nampak tak perbezaannya sim kad anda gunakan dengan sim kad saya so apa nak tunggu lagi gst akan terus dilaksanakan pada tambah nilai prabayar.Bagaimana nak mendapatkan sim kad ini boleh terus email saya aimanfirdauss@gmail.com.

Boleh juga ke fan page saya atau wassup 019-5963063.

Cara mendaftar | i-Akaun KWSP

Dengan teknologi yang semakin canggih Cara mendaftar | i-Akaun KWSP boleh dilakukan dengan mudah dan pantas yang diperkenalkan oleh kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) untuk mendapat pandangan dari pencarum.

Daftar Di Bawah Ini.


Berhubung dengan penyelarasan umur pencarum untuk menerima maklum balas mengenai hasrat KWSP untuk melanjutkan pengeluaran wang simpanan pekerja dari usia 55 tahun kepada umur 60 tahun.

KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan iaitu: 

  • Melanjutkan umur pengeluaran penuh wang simpanan dari usia 55 tahun kepada usia 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh masa 15 tahun.
  • Atau mengekalkan umur pengeluaran pada usia 55 tahun bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan pengeluaran baru pada usia 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selapas usia 55 tahun.

Terdapat tiga cadangan lain iaitu menyelaraskan kuantum caruman minimum dengan undang-undang gaji minimum,melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.

Jimat Duit Membeli Topup | Selepas GST

Terima kasih kerana singgah membaca entry ini mujurlah cepat bertindak terima kasih kepada rakan yang memperkenalkannya.Kini lebih Jimat Duit Membeli Topup | Selepas GST yang lebih menguntungkan.


Siapa yang tak nak berjimat ditambah banyak barangan dipasaran yang telah dikenakan GST ini kan pula pembelian topup yang juga merupakan keperluan pada masa kini.Jika penggunaan topup rm30 sebulan kini nak bayar rm 31.80 sen.

Tapi kini dah jumpa jalan penyelesainnya dan mengurangkan sedikit bebanan pasal topup apa yang diberikan sememangnya puas hati boleh lihat statistik dibawah ini.


Terpulanglah pada anda ini merupakan reality sebenar apa yang dibayar dan diterima dari pembelian topup oleh pengguna Sim Kad Tone Excel.Sememangnya berbaloi hanya membeli sim kad yang berharga rm95.40 sen apabila anda topup ini yang anda akan dapat.


Ingin ubah persepsi dan berjimat dalam penggunaan topup boleh komen dibawah ini atau email di aimanfirdauss@gmail.com ataupun terus ke website saya di Sim Kad Wow

Nuffnang Berwajah Baru

Salam semuanya lama jari jemari ini tidak menaip atas kesibukan harian sampai tidak sempat dibuatnya.Mungkin ramai yang dah tahu Nuffnang Berwajah Baru kini,nampak lagi sistematik dan lagi menarik.


Rasanya belum lama lagi Nuffnang bertukar,baru-baru ini ada juga login tapi masih website yang lama tapi perubahan yang telah dilakukan memudahkan untuk kita faham dan lebih mudah untuk kita gunakan.


Apa pun good job untuk Nuffnang dan juga terima kasih ke atas Buffered Earnings yang diberikan jangan serik lagi nak bagi pada blog yang tak seberape ni...he he.


Pendaftaran BR1M 3.0 Secara Online

Kini tiba saat yang dinantikan bagi mereka yang belum pernah membuat permohonan boleh melakukan Pendaftaran BR1M 3.0 Secara Online 2014 yang telah pun dibuka baru-baru ini.


Pastikan anda benar-benar layak untuk memohon,mari kita semak syarat kelayakan permohonan di bawah ini:

  •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

       (i)       Warganegara Malaysia 

       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah                   dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan                    kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan                      RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:

       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 

       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 

  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian           Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon       BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak. 

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain         daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah. 

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke   Cawangan LHDNM yang berhampiran. 

Untuk melakukan pendaftaran secara online anda boleh terus mendaftar dengan klik...
>> e-BR1M

Strategi Kerjaya | Panduan Terhebat

Sukar mencari kerja,sukar mendapat kerja itu kehampaan yang ada pada graduan.Dengan adanya Strategi Kerjaya | Panduan Terhebat ini akan merubah keadaan.


Kita sedia maklum bahawa setiap tahun ratusan ribu graduan tamat pengajian dengan harapan masuk ke alam pekerjaan,tapi apa nasib mereka.

Statistik pada tahun 2012,seramai 249,612 graduan tamat pengajian di IPT dan yang mengejutkan daripada jumlah itu,51,835 orang masih gagal mendapat pekerjaan.Masalah ini berpunca dari siapa. 

» Masalah Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan sebenarnya banyak di Malaysia.Buktinya,ramai warga asing yang berkhidmat di sini (selain buruh kasar).Antara masalah yang dikesan adalah graduan tidak menepati kehendak pasaran.

Tambahan dari itu,bagi yang mendapat pekerjaan,keluhan diterima adalah ianya tidak mengikut kelayakan yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran graduan.

Itu data yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh ketika merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2013

» Masalah Kemahiran Cari Kerja 

Peluang pekerjaan ada,tapi masalah pada graduan untuk mendapatkannya.Perkara ini dikesan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja melalui makluman Timbalan Menteri Sumber Manusia, 

Datuk Maznah Mazlan. Kajian mendapai, 77.14% responden mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.Dalam kata lain,graduan kita tidak tahu bagaimana untuk mencari kerja!

» Solusi

Itu masalah sebahagian besar graduan.Kenapa fokus kepada masalah,fokus kepada penyelesaian. Tingkatkan kemahiran dalam mencari kerja.Itu solusi yang harus dicari oleh graduan.

Panduan dan strategi dalam mencari kerja pasaran Malaysia telah didedahkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu ramai graduan berjaya sejak tahun 2009. 

Mereka telah menyusun satu rujukan khusus untuk membantu graduan meningkatkan kemahiran mencari kerja dalam pakej Rujukan Strategi Kerjaya.

Pakej ini mengandungi komponen-komponen penting termasuk video ‘step-by-step’ bagaimana untuk graduan mencari kerja.Antara komponen penting adalah;

 Haluan Kerjaya Laluan Berjaya:

Ebook ini adalah komponen utama yang membincangkan keperluan persediaan fizikal dan mental dan bagaimana.Ianya memberikan gambaran graduan sebagai ‘penanggung hutang’ dan perlunya mencari kerja cepat. 

Ditunjukkan juga bagaimana untuk graduan membina laluan kerjaya sendiri dengan tepat dan tuntas.Semuanya berkaitan persediaan yang perlu graduan lakukan dan kelemahan yang perlu di atasi dalam perjuangan mencari kerja

 13 Strategi Killer Kerjaya: 

Strategi sulit ini adalah kunci bagaimana graduan dapat meletakkan diri mereka jauh lebih baik berbanding graduan biasa.Ianya adalah himpunan strategi yang disusun dengan pelan tindakan melaksanakannya.Terbukti berkesan dan ‘do-able’!

  Strategi Kerjaya: 

Ianya adalah senarai tindakan komprehensif untuk graduan mencari kerja. Apa yang perlu ada,perlu diutamakan dan senarai tindakan pantas graduan. Dengan adalah ‘Checklist’ ini,tiada lagi kerisauan dalam persediaan melangkah mencari kerja!

 Contoh Resume: 

Diberikan dalam format PDF khas untuk semakan dan inspirasi calon bagaimana membuat resume yang bagus

 2 Template Resume: 

Diberikan dalam format Microsoft Word untuk membolehkan graduan terus edit dan masukkan maklumat peribadi. Edit, print dan jadikan ianya resume anda sendiri.

 Panduan Mohon Kerja Online (Ebook & Video): 

Menunjukkan step-by-step bagaimana mendaftar dengan portal pekerjaan di Malaysia.Latarbelakang dan servis yang disediakan oleh portal tetapi ramai yang tidak tahu.Optimasikan permohonan di portal dengan bantuan rujukan ini

Jika anda seorang graduan atau bakal graduan,siapkan diri anda dengan ‘Strategi Kerjaya’.Graduan sebelum ini mempunyai masalah kerana tiada kemahiran ini (statistik Jabatan Tenaga Buruh). 

Nasib anda lebih baik dengan adanya ‘Strategi Kerjaya’ ini.
Untuk keterangan lanjut berkaitan pakej ini,boleh terus ke website di bawah ini.



Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Di Facebook

Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Di Facebook-APALAH nak jadi dengan remaja sekarang.


Kami terima ‘printscreen’ satu akaun Facebook mengenai bagaimana sepasang kasih dengan bangganya meletakkan gambar mereka dalam keadaan intim untuk tatapan ramai.Mereka seolah-olah ‘teruja’ dengan kelakuan yang cukup hina itu.


Kita tidak tahu sejauh mana hubungan yang terjalin di antara kedua-duanya – mungkin juga mereka dah bergelar suami isteri namun ia bukan lesen untuk menujukkan rahsia ‘bilik tidur’ mereka untuk tujuan perkongsian ramai.
Anda nilailah sendiri… sumber– MyNewsHub

Semakan Online e-Penyata Gaji

Dunia di hujung jari kini.Tak perlu bersusah payah pergi beratur panjang di mana-mana pejabat untuk membuat Semakan Online e-Penyata Gaji (slip kakitangan kerajaan) sekarang.


Biasanya dalam masa 1 hari sebelum gaji,slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan.Untuk akses ke laman berkenaan secara semakan online,pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka.Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di www.anm.gov.my untuk terus mengakses  semakan online

Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online.Selain anda boleh buat semakan gaji online,anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan.

Penyata gaji anda juga akan sentiasa ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online atau semakan secara online. 

Bagi yang belum pernah mendaftar,anda boleh membuat pendaftaran online melalui pautan yang telah sediakan di bawah ini.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh emailkan kepada maklumbalas[at]anm.gov.my atau hubungi terus di talian 03 - 8882 1000.

Video Permohonan Maaf Dari Alvin Dan Vivian

Telahpun muncul Video Permohonan Maaf Dari Alvin Dan Vivian iaitu
pasangan kontroversi persenda bulan Ramadhan.Sebaik sahaja pihak SKMM memanggil mereka untuk hadir memberi keterangan dan siasatan lanjut.



Pasangan ini serta merta memuat naik video terbaru membuat permohonan maaf secara terbuka.Dalam rakaman tersebut,pasangan ini meminta maaf kerana mencetuskan kemarahan dan penghinaan terhadap Islam.

Saksikan video rakaman dibawah ini....

#Lihat Seterusnya...DI SINI

Barangan Terpakai Dengan Harga Serendah RM1

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai Barangan Terpakai Dengan Harga  Serendah RM1 jika berkunjung ke kawasan Simpang Empat Benut,dekat sini.


Antara barangan yang ditawarkan seperti pakaian,barangan elektrik, perkakasan rumah sehinggalah barangan kulit dan berjenama dijual sepanjang deretan kedai yang beroperasi bermula dari jam 9 malam sehingga lewat pagi.

Peniaga,Samsudin C Ani,54,berkata,tiada harga tetap yang diletakkan oleh peniaga dan pembeli perlu membuat tawar menawar.

Menurutnya,permintaan barangan berjenama atau kulit menjadi pilihan utama pembeli yang sentiasa menantikan barangan tersebut pada harga yang cukup murah.

Selain itu,barangan antik turut dijual di sini,di mana peminat barangan antik  sanggup datang dari jauh bagi mendapatkan barangan yang  mereka cari.

Manakala,bagi peniaga Abd Latif Rostam,64,dia gembira perniagaan barangan  terpakainya mendapat sambutan menggalakkan.

Pusat perniagaan tersebut mudah untuk ditemui memandangkan ia terletak di persimpangan empat  yang menjadi laluan dari Simpang Renggam dan Batu Pahat ke Pontian seterusnya ke  Johor Bahru. 


#sumber dari sinar harian....

Pendaftaran Haji Menerusi Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM)

KUANTAN –Orang ramai kini boleh melakukan Pendaftaran Haji Menerusi Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) tanpa perlu lagi berkunjung ke kaunter Tabung Haji (TH).

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, kemudahan itu disediakan di mesin ATM Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad.
“Individu berkenaan mestilah mempunyai akaun TH dengan simpanan minimum RM1,300 dan pemegang kad bank berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Selain itu,beliau berkata, orang ramai juga boleh mendaftar haji secara online menerusi laman web Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my. – BERNAMA

Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus

Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anaksaudara Tn Hj Omar bin Tahar,Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1,Hulu Klang,Gombak.Di bawah,Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus  untuk tatapan anda semua.






Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus,semoga berpanjangan sehingga akhir hayat Amin.

Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki...!

Penggunaan komputer riba di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki,menurut kajian terbaru. 


Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer riba di atas meja,menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin. 

Dalam kajian itu,pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.
Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer,suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat. 


Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma,"katanya". 

Minyak Wangi "Berperisa" Kencing Budak Sekolah Perempuan

Minyak wangi sememangnya sudah menjadi gaya hidup dalam kebanyakkan 
orang.Bahkan terdapat sesetengah daripada mereka yang mahukan satu      
versi bauan yang lain daripada yang lain.


Oleh itu bagi memastikan hal itu tercapai,pengeluar produk alat mainan orang dewasa yang berpengkalan di Akibahara Tokyo iaitu Tamatoys telah mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai bauan budaksekolah.


Produk yang dikenali sebagai "Schoolgirl Urine Scent"dan"Schoolgirl Armpit Scent"itu dibuat hampir mirip dengan dengan aroma air kencing dan bau ketiak gadis pelajar sekolah. Produk ini dikatakan mendapat sambutan yang hangat bagi penduduk di sana

JAWATAN KOSONG ! Anak Dara Payudara Besar Diperlukan

JAWATAN KOSONG ! Anak Dara Payudara Besar Diperlukan-GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu,lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.


Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini,wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir,"kata jurucakap ladang berkenaan,Li Yong.

Menurutnya,ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.

Legenda tempatan menyatakan,daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. - Agensi 

Wajah Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Persis Hindustan

Pernahkah anda melihat wajah penceramah bebas,Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa muda dan tanpa ada jambang?.Di katakan Wajah Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Persis Hindustan lihat di bawah ini.


Haaaa… Ini dia wajah UAI semasa muda.Ala-ala pelakon Hindustan gitu.Macam Sanjay Dutt !

Sebenarnya,UAI ini pada awalnya bercita-cita ingin menjadi guru muzik.
Namun,tiba-tiba dia menjadi penceramah bebas dan disukai ramai pula.Apa kata anda? sumber MyNewsHub.

Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA)Secara Online

Jika sebelum ini permohonan dibuat dengan sistem manual iaitu melalui pos.Kini anda boleh membuat Permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA)Secara Online dengan lebih mudah dan cepat.


Ia bertujuan mengumpul data utama pemohon dan dapat memberikan
maklumat mengenai permintaan rumah masa kini.
Syarat Permohonan
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga(suami dan isteri)dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.
Cara Membuat Permohonan


Kepada yang ingin mendaftar membuat permohonan boleh klik Di Sini.Untuk maklumat selanjutnya.

Singapura Turut Dilanda Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah yang menjadi pujaan anak muda masa kini 'Ustaz Azhar Idrus' sememangnya terhebat,Singapura Turut Dilanda Fenomena Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini.


Kuliah 'UAI' dikatakan mendapat sambutan di luar jangkaan sama sekali.Mari lihat antara koleksi foto di Masjid Sultan,Singapura.







Antara reaksi mereka yang menyaksikan

Haney Qimi Era Sejujur kata ustaz azhar pandai berlawak dlm ceramah beliau walau dpt lihat pada screen.terlalu ramai yg dtg tadi penuh luar...moga dpt tambah ilmu dn pahala...-masjid sultan sgpura


Voguish Sue Subhanallah... Memang ramai sungguh... Tak terkata... Was thr and Ustaz Azhar Idrus is the best


Nurul Aeen II Saya hadir ceramah UAI di masjid sultan. Alhamdulilah saya dapat hadir mendengar ceramah beliau dan hanya melihat di screen. Memang ramai yg tk terhingga sampaikan sesaknya di restaurant yg menghampiran di masjid sultan. Terima kasih kerana hadir Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semoga kami rakyat singapura dapat bertemu lagi dan mendengar ceramah UAI. Kami sangat terhibur gelagat UAI.. Semoga Allah memberkati dan memrahmati beliau.. Amin.

Black Dedah Identiti Tunang

Black Dedah Identiti Tunang ! walaupun sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunang akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis.


Black atau nama sebenarnya Hanifah Md.Hanafiah,berkata,oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai Cira Khairi,di laman sosial Instagram.


Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini,berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya.

Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan

Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan bagi memudahkan golongan muda untuk mendapatkan lesen motosikal B2 selama dua minggu bermula dari sekarang.



Borang BL1M boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

Program ini menawarkan harga untuk mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun.

Yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen,gambar,kelas latihan amali, ujian teori,undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Kepada yang ingin mendaftar secara online @ ingin maklumat selanjutnya boleh klik  ==>> BL1M<<==

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,