Cara Letak Button Share Berwarna Di Blog

Sememangnya button share ini penting pada blog,ini bertujuan untuk memudahkan pengunjung untuk sharing entry dan secara tidak langsung dapat mempopularkan blog anda.Disini terdapat Cara Letak Button Share Berwarna Di Blog yang kelihatan lebih menarik.

Tutorial ini khas buat pengguna yang menggunakan blogspot,anda boleh lihat langkah selanjutnya dibawah ini:

                                              contoh button share
Share this article :
Share on FB Submit to Digg Tweet Share on G+

1. Login ke Blogger.

2. Pilih Template.

3. Klik Edit HTML

4. Dengan menggunakan kekunci Ctrl + F cari kod <div class='post-footer'>

5.Copy paste kod dibawah ini selepas kod yang anda cari diatas

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><div style='border-top:3px dotted #ccc;border-bottom:1px solid #b8b8b8;width:100%;height:25px;text-align:left;font:normal 11px Arial;color:#333;margin:10px 0;padding:10px 0 5px'><div style='float:left;padding:1px 0;margin-right:15px;font:bold 13px Arial;color:#777'><strong>Share this article</strong> :</div><a expr:href='&quot;http://www.facebook.com/sharer.php?u=&quot; + data:post.url' style='color: #fff; background: #3b5998; text-decoration: none; border: 1px solid #313c7d; padding: 3px; border-radius: 3px; font-family: arial, verdana, sans-serif; font-size: 13px; line-height: 20px;' target='_blank' title='Share to Facebook'>Share on FB</a><a expr:href='&quot;http://digg.com/submit?url=&quot; + data:post.url' style='color: #fff; background: #808080; text-decoration: none; border: 1px solid #000000; padding: 3px; border-radius: 3px;font-family: arial, verdana, sans-serif; font-size: 13px; line-height: 20px;' target='_blank' title='Submit to Digg'>Submit to Digg</a><a expr:href='&quot;http://twitter.com/share?url=&quot; + data:post.url' style='color: #fff; background: #4099FF; text-decoration: none; border: 1px solid #3a8be8; padding: 3px; border-radius: 3px; font-family: arial, verdana, sans-serif; font-size: 13px; line-height: 20px;' target='_blank' title='Share to Twitter'>Tweet</a><a expr:href='&quot;https://plus.google.com/share?url=&quot; + data:post.url' style='color: #fff; background: #c0361a; text-decoration: none; border: 1px solid #9c2c15; padding: 3px; border-radius: 3px;font-family: arial, verdana, sans-serif; font-size: 13px; line-height: 20px;' target='_blank' title='Share to Google+'>Share on G+</a></div></b:if>
6.Preview template anda terlebih dahulu jika tiada error terus sahaja save template.

Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus

Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anaksaudara Tn Hj Omar bin Tahar,Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1,Hulu Klang,Gombak.Di bawah,Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus  untuk tatapan anda semua.






Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus,semoga berpanjangan sehingga akhir hayat Amin.

Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami

Apa yang ditulis ini adalah sekadar renungan bersama tanpa menyakiti hati sesiapa.Kita sering dengar cerita suami menyakiti hati isteri tapi apakah Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami mereka:


Nabi Muhammad s.a.w.ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu,antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Antara ciri-ciri isteri yang suka menyakiti hati suami  dan bakal menjadi penghuni neraka :

Kufur Dengan Kebaikan Yang Telah Diberikan Oleh Si Suami

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan si suami karena Allah tidak akan melihat isteri seperti ini.

Derhaka Terhadap Suami Antaranya
  • Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
  • Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.
  • Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri karena ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
  • Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau balasan isteri yang suka menyakiti hati suami yang akan diterima di akhirat nanti.Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,khususnya kaum isteri.         

Doa Mohon Jodoh Terbaik

Setiap orang pasti merasa resah ketika dia belum mendapatkan jodohnya.Di sini saya nak sharing mengenai Doa Mohon Jodoh Terbaik yang boleh diamalkan.Merupakan salah satu cara untuk mereka mendapatkan pasangan hidup.

Di antara doa untuk mendapatkan jodoh:


Berdoalah agar mendapat jodoh yang baik:



Maksudnya:

Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang)yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertaqwa.

Setiap insan pasti menginginkan jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat.Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik.InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankannya. 

Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul

Terdapat Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi ini dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

                        
         اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ    

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya :Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”(Riwayat Al-Bukhari,no 2104,2/722; Sunan Al-Baihaqi,5/97;Musnad ahmad,2/403;Fath Al-Bari,6/393;Umdat Al-Qari, 12/30;Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah,Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda,iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru,jika berbaju kebaya terbelah,baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda.Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma Lelaki...!

Penggunaan komputer riba di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki,menurut kajian terbaru. 


Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer riba di atas meja,menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin. 

Dalam kajian itu,pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.
Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer,suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat. 


Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma,"katanya". 

Tips Untuk Berfikir Lebih Pantas

Otak manusia merupakan organ penting dan juga dikaitkan sebagai komputer biologi.Antara Tips Untuk Berfikir Lebih Pantas anda dapat melakukan beberapa hal di bawah ini mungkin akan membuatkan otak anda bekerja dengan lebih baik.


Berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat muzik atau melakukan sesuatu perkara yang baru dapat membuatkan diri anda berfikir lebih cepat dan kreatif.

Seks dengan lebih terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut pengajar senior dan seorang ahli biologi.Dengan melakukan seks dapat meningkatkan peredaran darah ke otak sekaligus dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

Mencuba permainan menguji minda
Antaranya bermain teka-teki silang kata,Sudoku atau sebagainya dikatakan dapat membuatkan otak kita pada tahap kondisi terbaik.

Beriadah

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan otak dan pikiran.Dengan melakukan riadah di taman atau tempat yang udaranya segar akan membantu anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran lebih 'jernih.'


Pengambilan dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak dan juga melancarkan peredaran darah sekaligus meningkatkan daya ingatan kita.

Senyum

Dengan senyuman juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Biasakan wajah itu dengan senyuman dan senyum merupakan satu sedekah. 

Bebaskan pemikiran anda dari penjara fikiran,dengan tips diatas mungkin dapat membantu anda menemui cara berpikir yang belum pernah anda rasai sebelumnya.

Minyak Wangi "Berperisa" Kencing Budak Sekolah Perempuan

Minyak wangi sememangnya sudah menjadi gaya hidup dalam kebanyakkan 
orang.Bahkan terdapat sesetengah daripada mereka yang mahukan satu      
versi bauan yang lain daripada yang lain.


Oleh itu bagi memastikan hal itu tercapai,pengeluar produk alat mainan orang dewasa yang berpengkalan di Akibahara Tokyo iaitu Tamatoys telah mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai bauan budaksekolah.


Produk yang dikenali sebagai "Schoolgirl Urine Scent"dan"Schoolgirl Armpit Scent"itu dibuat hampir mirip dengan dengan aroma air kencing dan bau ketiak gadis pelajar sekolah. Produk ini dikatakan mendapat sambutan yang hangat bagi penduduk di sana

Dapat 2 CPUV Dari Nuffnang

Terima kasih kepada you all yang sudi membaca entry ini.Semangnya tidak diduga sama sekali boleh Dapat 2 CPUV Dari Nuffnang untuk blog yang tak seberapa ini.


                                                                                                                                                              
Bagi yang belum pernah mendapatkan cpuv dari nuffnang jangan mudah putus asa,teruskan usaha,lihat tips dari otai tentang cpuv.kita letak iklan nuffnang di ruangan blog,mesti inginkan hasilnya.


CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
RHB Debit Mass UsageAiman Firdauss Blog10 May 2013On Going0.48%+0.421.66
Outrigger PhuketAiman Firdauss Blog14 May 2013On Going0.00%0.26

Walaupun tak banyak mana tapi rasa kepuasannya,apabila hasil kerja kita dihargai.Ini mungkin berkat kesabaran agaknya.Berharap lepas ni pihak nuffnang bagi lebih banyak cpuv untuk blog ini.Apapun terima kasih buat pihak nuffnang.

Kebaikan Minyak Zaitun

Selain daripada makanan sunnah,terdapat banyak khasiat dan manfaat yang terkandung dalam Kebaikan Minyak Zaitun untuk tubuh badan kita.Antaranya ialah:


                                                                                                                          
Dapat mengurangkan risiko kanser
Ini kerana minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan.Minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan juga mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

Dapat mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu.Oleh itu dengan penggunaan minyak zaitun untuk tujuan diet,anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan tanpa melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

Untuk kesihatan jantung
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu dan antioksidan yang boleh mengurangkan tahap kolesterol.Ia dapat menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K.Dikatakan mempunyai polifenol yang dapat melambatkan proses penuaan.Asid lemak yang terkandung dapat menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan pada kulit.

Mengawal paras gula dalam darah                                                        Minyak zaitun di katakan kaya dengan lemak monotaktepu yang
menggalakkan tahap insulin yang sihat.Minyak zaitun dikatakan dapat membantu untuk mengekalkan paras gula darah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,