Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Tips Bahagia Dari Tekanan

Adakalanya bila kita berhadapan dengan masalah kita sering kecewa dan putus asa.Dari apa yang saya baca Tips Bahagia Dari Tekanan boleh kita atasi.


Sedangkan tekanan itu kita yang cipta bagaimana mahu bahagia dan menjauhinya.

Jadikan syukur dan sabar sebagai penolong

Allah tidak minta kita tertekan,fikir 101 penyelesaian untuk masalah yang Allah beri.Tetapi hanya 2 tugasan yang Allah beri,iaitu sabar dan solat.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar ".

Dan dengan mengerjakansembahyang;kerana sesungguhnya 
Allah menyertai iaitu menolong orang-orang yang sabar."(Surah Al Baqarah: 2)


Bersyukur 

Apabila kita bersyukur hakikatnya kita sudah tidak perlu risau tentang:

- Rezeki aku tersekat
- Rezeki aku lari
- Rezeki aku hilang


Kerana janji Allah pada orang yang bersyukur dia akan beri lebih banyak iaitu tidak terkira dan tidak terbatas.

Dan ingatlah tatakala Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Surah Ibrahim: 7)

Ingat Allah 

Apabila kita sentiasa berzikir kepada Allah,pasti jiwa kita menghadam ketenangan.Kerana Allah 100% saturated positive.Semakin dekat kita dengan Allah,semakin positif zarah dalam jiwa,minda dan fizikal kita.Insya-Allah.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia. 
(Surah Ar Raad: 28)


Maka apabila ketiga-tiga cara ini disinergi,dengan izin Allah hidup seseorang itu akan lebih bahagia tanpa tekanan.

Cara Merangsang Anak Rajin Belajar

Ibu bapa mana yang tak mahu tengok anak mereka berjaya dalam pelajaran.Namun ada setengah pelajar malas untuk belajar,Cara Merangsang Anak Rajin Belajar boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:


1.Sediakan keperluan anak belajar secukupnya.Seperti buku tulis,buku tambahan,soalan-soalan peperiksaan tahun lalu,pen,pensil dan pemadam perlu disediakan.

2.Meletakkan matlamat bahawa anak boleh berjaya.Ramai ibu bapa yang memandang rendah kebolehan anak-anak mereka.Sikap begini pasti merugikan.Anak-anak yang cemerlang lahir daripada ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkat kan prestasi pelajaran mereka.

3.Semak beg anak-anak dari masa ke semasa untuk mengetahui anak-anak membuat kerja sekolah atau tidak.Dengan menyemak beg mereka kita dapat memastikan tiada perkara yang tidak elok dilakukan.

4.Membuat peraturan waktu belajar,bermain dan rehat yang disenangi oleh anak.Minta pandangan dan persetujuan dari mereka terlebih dahulu.

5.Menjadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak.Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul dan apabila mereka menunjukkan peningkatan dalam pencapaian pelajaran.Dengan ini anak akan rasa lebih bersemangat.
6.Memberikan hadiah setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan yang baik dalam peperiksaan dalam masa yang sama akan mendorong mereka rajin belajar.
Berikan anak-anak anda pemakanan yang dapat merangsang minda.Anak-anak perlukan pemakanan tambahan bagi menambah tenaga dan mencerdaskan otak.

Cara Menggunakan Minyak Wangi | Perfume

Memang tidak dapat dinafikan minyak wangi amat sinonim untuk wanita.Tetapi golongan lelaki pun apa kurangnya,mungkin ramai yang tak tahu Cara Menggunakan Minyak Wangi | Perfume dengan cara yang betul.

Kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume,bagi tujuan untuk mengekalkan keharuman minyak wangi/perfume tersebut.

Antaranya,belakang telinga,nadi pada sendi tangan,siku,ruang bawah dada,celah paha,belakang lutut dan pergelangan kaki.Jangan asal pakai je tapi cara yang digunakan salah.Anda boleh mengikuti langkah-langkah dibawah ini:

  • Jangan menggunakan minyak wangi semasa tubuh masih basah selapas mandi.
  • Penggunaan lebih daripada satu jenama pada masa yang sama adalah tidak sesuai.
  • Mulakan semburan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga,ini dapat menguatkan lagi bauan minyak wangi tersebut. 
  • Semburkan perfume pada badan dan bukannya pada baju.Selepas itu baru pakai pakaian anda. 
  • Jangan digosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah,ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama. 
  • Meletakkan perfume/minyak wangi di tempat yang sesuai tidak terlalu panas/terlalu sejuk bagi mengelakkan minyak wangi/perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum.

Untuk memastikan wangian dari minyak wangi/perfume anda berkembang secara baik,gunakannya  paling kurang 1 jam sebelum anda pergi,ini untuk memberi waktu kepada minyak wangi tersebut mesra pada kulit anda.

Rahsia Inai Di Jari Fida Ibrahim

Inai merupakan satu kemestian yang di pakai bagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan.Tetapi tahukah anda Rahsia Inai Di Jari Fida Ibrahim iaitu seorang pelakon yang kini sudahpun bergelar penyanyi.


Rafidah Ibrahim(Fida)menjelaskan kewujudan inai di setiap kuku tangannya bukan bermakna dia sudah berkahwin.Menurut Fida tujuan dia memakai inai di kesemua kuku tangan,hanyalah untuk menaikkan seri kuku tangannya.

Fida suka melihat wanita memakai pewarna kuku,bagaimanapun ia tidak sesuai untuk wanita muslim,lalu memilih untuk memakai inai.Kecantikan inai juga mampu menaikkan lagi seri kuku,menurutnya.

Beliau mengenakan inai sejak hujung tahun lepas,menurut Fida bagi memastikan inai nampak selalu cantik di kukunya,dia akan memastikan untuk memakainya seminggu sekali.

Cara Menghilangkan Selulit Di Badan

Salam kepada pembaca entry ini,tahukah anda Cara Menghilangkan Selulit Di Badan boleh di lakukan secara tradisional.Skrub merupakan salah satu rawatan kecantikan yang membantu menghaluskan kulit,membuang sel-sel kulit mati dan menjadi kulit mulus.

Bagi yang gemar dengan sesuatu yang semulajadi anda boleh menghasilkan sendiri skrub dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk anda dapatkan.Mari kita lihat langkah menghapuskan selulit dengan skrub di bawah ini.
Cara Menghilangkan Selulit Di Badan
Bahan-bahan:
  • Ambil 3 sudu makan garam.
  • Ambil 4 sudu makan  minyak bijan.
  • Ambil 1 sudu makan madu.
  • Ambil 10 titis pati buah anggur.
Cara membuatnya:
  • Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  • Sapukan bahan tadi pada bahagian selulit dan urut bermula dari kaki,peha,pinggang,perut,lengan atau bahagian yang sering mengalami selulit.
  • Urut bahagian tubuh yang berselulit dengan kuat secara membulat(circular motion)agar selulit pecah.
Anda akan merasai sakit ketika proses urutan tetapi minyak bijan dan madu yang digunakan membantu mengurangkan kesakitan manakala pati anggur tadi dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Cara Mencerahkan Kulit Wajah

Seseorang wanita kebiasannya menitik beratkan tentang soal wajah mereka.Kepada yang menginginkan wajah yang lebih cerah boleh mengikuti petua ini tentang Cara Mencerahkan Kulit Wajah agar kelihatan lebih menarik dari pandangan mata.


Bermula dengan membasuh muka atau membersihkan wajah anda daripada kekotoran dengan air bersih.Kemudian keringkan wajah dengan tisu basah.Campurkan satu sudu gula pasir atau gula perang dengan pencuci muka yang biasa digunakan.

Sapukan campuran tersebut ke wajah anda dengan urutan secara membulat dan biarkan seketika.Seterusnya bilas dan diakhiri dengan bilasan kali kedua dengan air sejuk bagi menutupi liang pori.

Cara Mengatasi Masalah Susah Tidur

Mungkin ramai yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan sedang mencari Cara Mengatasi Masalah Susah Tidur.Dalam entry ini terdapat tips mudah yang boleh anda amalkan sekiranya sukar untuk melelapkan mata.


Tidur merupakan suatu keperluan untuk merehatkan tubuh badan,setelah penat dalam seharian.Jika anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam,anda boleh amalkan dengan memakan madu lebah.Mungkin ada yang belum tahu benarkah dengan makan madu lebah kita boleh tidur.

Ianya perlu disertakan dengan secawan kopi,maksudnya di sini,langkah pertama ambil madu lebah lebih kurang dalam dua sudu dan anda makan selepas itu minum pula dengan air kopi.Apa-pun anda baca dulu doa untuk tidur terlebih dahulu.Dalam masa yang singkat sahaja,kesan mengantuk akan menyelubungi mata anda.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat dan membantu anda,walaupun banyak tips-tips lain mengenai cara mengatasi kesukaran untuk tidur.


Cara Menghilangkan Panas Badan Anak Demam

Walaupun pada zaman sekarang terdapat banyak klinik di merata tempat,tidak bermakna petua tradisional ini tidak di perlukan lagi.Betapa pentingnya petua tradisional yang di paparkan untuk entry kali ini iaitu Cara Menghilangkan Panas Badan Anak Demam.


Ini berlaku pada seorang anak kecil yang mendapat demam yang berlarutan,walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik dan menggunakan ubat yang di berikan,panas badan pada anak kecil ini masih tidak turun malah bila di ambil suhu pada badannya makin mendadak naik.

Ini lebih ketara pada waktu malam,anak kecil ini menangis dan tidak dapat tidur,ibu mana yang tidak risau bila anaknya dalam keadaan sebegini.Mujurlah ada yang memberitahu tentang petua menjelom kepala anak dengan air asam jawa.

Memang macam tak percaya,tapi itulah kehebatan petua tradisional orang terdahulu.Setelah menjelom kepala anak beberapa kali,memang nampak perubahannya,panas badan pada anak kecil ini mula menurun.




Ingin Tahu Caranya

1. Ambil semangkuk air bersih
2. Masukkan sedikit asam jawa dalam air dan ramas hingga larut.
3. Ambil kain atau towel kecil dan rendamkan pada air asam jawa tersebut.
4. Perahkan kain atau towel dan letakan di atas dahi anak.
5. Boleh juga lakukan dengan menyapukan sedikit air asam jawa tersebut di seluruh kepala anak anda.

Cara Nak Tahu Wanita Sudah Hilang Dara

Entri ini di tulis sekadar untuk pengetahuan pembaca blog ini.Mungkin yang terkandung di dalamnya hanya secara kebetulan ataupun memang sahih,mari kita lihat beberapa tanda Cara Nak Tahu Wanita Sudah Hilang Dara.Sememangnya dara amat penting untuk menentukan kesucian seseorang wanita.



Bagi lelaki yang dalam perancangan mencari calon isteri mungkin entri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencari wanita yang masih suci.Mari kita lihat di bawah ini.
Mata
Gadis yang suci matanya berseri-seri, tidak ada lebam-lebam,kedutan dan garis-garis pada matanya.Jika bahagian bawah kelopak mata terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci. 
Dahi
Gadis yang masih suci, dahinya licin.Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya akan hilang, malah yang timbul kedutan iaitu garis-garis yang kadangkala boleh nampak ketika bercakap.
Hidung
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum di sentuh oleh lelaki, hujung hidungnya biasanya berwarna kemerah-merahan, jika pernah melakukan seks, hujung hidungnya akan nampak merah. Gadis yang tidak suci pada  hujung hidungnya kelihatan merah tetapi merah pucat.
Punggung
Punggung gadis yang pernah mendapat sentuhan lelaki akan menjadi besar, tidak kental, nampak macam jatuh.Ini di sebabkan ketika melakukan hubungan seks,hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan,ketika masa memuncak (orgasme), punggung gadis menjadi tegang. Apabila sudah selesai, punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh.Gadis yang masih suci, punggungnya kelihatan kental, tegang,dan tidak jatuh.

Perut
Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.ini terjadi kerana ketika sampai ke puncak, gadis itu tidak tahan dan menahan dibahagian perut. Otot-otot bahagian perut menegang ketika orgasme.Ketika itulah perut itu mengembang dan membuncit. 

Buah dada


Peranan buah dada bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurangan dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. 

Cara Mendapatkan BE Dari Nuffnang

Semua rasanya sudah tahu apa itu BE atau buffered earning nuffnang.Tapi bagaimana ingin mendapatkan BE.Persoalan yang sering timbul pada
blogger,ramai merungut kerana pendapatan yang diperolehi adalah ciput.
                                  
Jadi cara yang terbaik adalah dengan Mendapatkan BE.Ini kerana semakin banyak traffic ke blog kita, semakin banyak pendapatan yang kita dapat dan ia tidak bergantung kepada jumlah klik pada iklan. Jadi, macam mana nak dapatkan Buffered Earning? Ini ada tips Cara Mendapatkan BE Dari Nuffnang untuk di kongsikan bersama.

Maintain Traffic
Pastikan traffic ke blog anda maintain walaupun traffic tak tinggi.Ini satu cara peluang anda untuk mendapatkan BE dari nuffnang.

Glitterati
Gliterati adalah status di dalam Nuffnang.Syarat nak mendapatkannya,hanya iklan Nuffnang sahaja yang berada di dalam blog anda.

Posisi Iklan
Posisi iklan seperti yang di arahkan oleh nuffnang,ikuti panduan yang telah di berikan untuk meletakkannya di ruangan blog anda. 

Selalu update Entry Anda
Dengan mengupdate entry selalu, ini akan meningkatkan kepercayaan nuffnang kepada anda.Peluang mendapat BE lebih cerah.

Update Biodata
Selalu update pada biodata di katakan cara untuk mendapatkan BE dari nuffnang.Pernah terbaca pada satu entry,seorang blogger medapat BE selepas update biodata,tapi sejauh mana kebenarannya,tidak dapat di pastikan,yang pasti kita boleh mencuba.

                                 Contoh BE Dari Nuffnang

            CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns
CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
Maxis Hotlink SOS Top UpAiman Firdauss Blog10 Dec 2012On Going0.52%+1.395.57
HP PrinterAiman Firdauss Blog22 Oct 2012Credited0.00%0.19
Nokia Lumia Asha Year EndAiman Firdauss Blog22 Oct 2012Credited0.03%6.47                                                                  

Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kebiasaan si isteri akan menolak untuk diajak bersama. Bagi mereka,  hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.Pada hakikatnya tidak ada hukum yang melarang untuk melakukan hubungan intim. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan yang boleh di jadikan panduan.
                                              
1. Jangan jadikan ia satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan ramadhan seperti menjadi beban buat anda terutamanya isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. 


2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami.Lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. 


3. Cari waktu yang sesuai
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur.


5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan ramadhan dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri.

6. Dapatkan rehat secukupnya

Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan intim ketika di bulan ramadhan.Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. Jaga stamina

Anda juga di nasihatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. 



Kuat Berangan Punca Muka Tumbuh Jerawat

Ada yang mengatakan Kuat Berangan merupakan Punca Muka Tumbuh Jerawat.Tapi tak tahu ia merupakan fakta punca sebenar jerawat.Logiknya masalah jerawat pada muka di sebabkan faktor kulit muka seseorang dan bukannya disebabkan kuat berangan.

                               

Di sini terdapat beberapa tips cara menghilangkan jerawat secara tradisional tanpa menggunakan rawatan atau ubat-ubatan yang boleh di amalkan.Semoga petua ini dapat membantu anda dalam masalah jerawat.

Mencuci wajah 2 kali sehari
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. 

                        

Limau nipis
Ambil sebiji limau nipis dan potong menjadi dua bahagian .Kemudian ambil limau nipis yang telah di potong tadi,dan sapukan ke permukan kulit muka yang berjerawat.Biarkan jus limau nipis kering di kulit muka,kemudian cuci wajah dengan air bersih.Ia dapat menghilangkan minyak-minyak pada kulit muka dan dapat mengurangkan jerawat.

                          

Amalkan makan sayur dan buah
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang membantu kulit agar kekal sihat. Amalkan makan sayur atau buah, terutamanya  yang mengandung vitamin E. Kulit yang sehat, boleh menghindari jerawat untuk tumbuh dan berkembang.
                          
                       

Tidur yang cukup dan teratur

Waktu tidur yang cukup dan teratur dapat  menyihatkan kulit kita,ini kerana waktu kita tidur, kulit akan bertindakbalas dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya kulit kita akan kembali sihat dan segar.

                        

Gaya Bertudung Terbaru 2012

Bertudung adalah perkara wajib bagi setiap wanita muslim,Gaya Bertudung Terbaru 2012 kelihatan sangat berbeza daripada masa dahulu.Wanita masa kini menggayakan pemakaian tudung dengan pelbagai fesyen Terbaru. 


                   
Gaya bertudung juga menjadi ikutan dari pemakain tudung oleh artis tertentu contohnya gaya bertudung dari Yuna,Wardina,Ikin dan ramai lagi.Yang paling penting pemakaian tudung adalah untuk mengikut syariat agama dan bukan fesyen semata-mata.
                                                   
                                                       
Wanita bertudung kini semakin bijak memilih tudung yang sesuai dan menarik  mengikut busana pilihan mereka agar penampilan mereka lebih kelihatan anggun dan menawan di luar sana.
                                          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,