Semakan Online e-Penyata Gaji

Dunia di hujung jari kini.Tak perlu bersusah payah pergi beratur panjang di mana-mana pejabat untuk membuat Semakan Online e-Penyata Gaji (slip kakitangan kerajaan) sekarang.


Biasanya dalam masa 1 hari sebelum gaji,slip gaji bulan berkenaan sudah dipaparkan dalam laman portal berkenaan.Untuk akses ke laman berkenaan secara semakan online,pengguna kali pertama perlu mendaftarkan diri mereka.Untuk membuat Semakan Penyata Gaji Online anda boleh terus ke laman berkenaan di www.anm.gov.my untuk terus mengakses  semakan online

Disini ianya lebih memudahkan kita untuk membuat semakan penyata gaji secara online.Selain anda boleh buat semakan gaji online,anda juga boleh menyemak penyata pendapatan tahunan.

Penyata gaji anda juga akan sentiasa ada disini dan bila-bila masa sahaja anda boleh cetak untuk sebarang urusan secara online atau semakan secara online. 

Bagi yang belum pernah mendaftar,anda boleh membuat pendaftaran online melalui pautan yang telah sediakan di bawah ini.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh emailkan kepada maklumbalas[at]anm.gov.my atau hubungi terus di talian 03 - 8882 1000.

Nuffnang Bagi Duit

Terima kasih kepada pihak nuffnang kerana masih setia pada blog tak famous ni.Banyak desas-desus mengenainya tapi Nuffnang Bagi Duit lagi melalui cpuv campaign terbaru.



Dari mula blogging hingga ke hari ini still tampal iklan nuffnang walaupun mula-mula dulu kecewa menantikan be/cpuv tak kunjung tiba.Tapi berkat kesabaran ada sahaja cpuv campaign yang masyuk kat blog ini sekarang.
Walaupun tak seberapa tapi nampak hasilnya,menyuntik lagi semangat untuk update blog.Bagi rakan-rakan yang belum mendapatkan be/cpuv tingkatkan usaha jangan mudah putus asa.

Video Permohonan Maaf Dari Alvin Dan Vivian

Telahpun muncul Video Permohonan Maaf Dari Alvin Dan Vivian iaitu
pasangan kontroversi persenda bulan Ramadhan.Sebaik sahaja pihak SKMM memanggil mereka untuk hadir memberi keterangan dan siasatan lanjut.



Pasangan ini serta merta memuat naik video terbaru membuat permohonan maaf secara terbuka.Dalam rakaman tersebut,pasangan ini meminta maaf kerana mencetuskan kemarahan dan penghinaan terhadap Islam.

Saksikan video rakaman dibawah ini....

#Lihat Seterusnya...DI SINI

Barangan Terpakai Dengan Harga Serendah RM1

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai Barangan Terpakai Dengan Harga  Serendah RM1 jika berkunjung ke kawasan Simpang Empat Benut,dekat sini.


Antara barangan yang ditawarkan seperti pakaian,barangan elektrik, perkakasan rumah sehinggalah barangan kulit dan berjenama dijual sepanjang deretan kedai yang beroperasi bermula dari jam 9 malam sehingga lewat pagi.

Peniaga,Samsudin C Ani,54,berkata,tiada harga tetap yang diletakkan oleh peniaga dan pembeli perlu membuat tawar menawar.

Menurutnya,permintaan barangan berjenama atau kulit menjadi pilihan utama pembeli yang sentiasa menantikan barangan tersebut pada harga yang cukup murah.

Selain itu,barangan antik turut dijual di sini,di mana peminat barangan antik  sanggup datang dari jauh bagi mendapatkan barangan yang  mereka cari.

Manakala,bagi peniaga Abd Latif Rostam,64,dia gembira perniagaan barangan  terpakainya mendapat sambutan menggalakkan.

Pusat perniagaan tersebut mudah untuk ditemui memandangkan ia terletak di persimpangan empat  yang menjadi laluan dari Simpang Renggam dan Batu Pahat ke Pontian seterusnya ke  Johor Bahru. 


#sumber dari sinar harian....

Ayat Sebelum Bismillah

Hanya sekadar perkongsian bagi yang sering lupa membacanya.Tahukah anda Ayat Sebelum Bismillah yang perlu dibaca untuk membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.


Doa Ta'awwuz ialah ucapan "A'uzubillahi Minas Syaitonir Rajim" yang diucapkan sebelum membaca "Bismillah".

Firman Allah:

“Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al A’raf : ayat 200)


Manfaat Membaca Ta’awwuz;


1. Mengutuk Syaitan
2. Dapat Mengusir Syaitan
3. Mengatasi Mimpi Buruk
4. Menhilangkan Perasaan Takut
5. Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Syaitan akan menghampirimu dan bertanya:“Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” sehingga akhirnya dia bertanya:


“Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini?”Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan:A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim).”(HR.Muslim)

#9 Formula Seru Rezeki....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,