Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan

Salam semuanya,mungkin ramai di antara kita yang gemarkan makanan pedas tapi tahukah anda Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan.Pada entry kali ini saya nak sharing sikit info yang saya dapat,sebab saya pun suka makanan yang pedas-pedas.



Lazimnya masyarakat di Malaysia memang menggemari makanan pedas.Tidak sah jika sesuatu masakan itu tidak di hidangkan dengan penggunaan cili dan rempah yang akan membuatkan masakan itu menjadi pedas.Tapi perlu di ingat jangan terlalu berlebihan.Lihat info di bawah ini.

Sukar Untuk Tidur

Ini di sebabkan suhu badan meningkat dan badan akan berpeluh ini akan menyebabkan anda tidak selesa dan susah untuk tidur.Disarankan mengambil makanan pedas 3 hingga 4 kali dalam seminggu.

Peradangan 
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

Kehilangan Selera Makan
Apabila penyediaan menu makanan anda dari masakkan pedas sahaja, ini akan menyebabkan pergantungan terhadap makanan tersebut.Maka selera makan anda tidak teratur akibatnya tubuh hanya bergantung pada makanan pedas sahaja.

Menyebabkan Gangguan Perut(akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung.Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

Bagaimanapun ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan,Pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.

Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut,boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.


Harga iPad 4 Di Malaysia


pelancaran iPad 3,bagi penggemar iPad mungkin tidak sabar dengan berita dari apple baru-baru ini telah melancarkan iPad generasi ke 4.Berapakah Harga iPad 4 Di Malaysia,mesti ramai yang sedang menanti harga tersebut di Malaysia



Dari sumber mengatakan iPad 4  akan mula dijual bermula dengan harga RM1499 menggantikan harga asal iPad 3.Ini masih belum dapat di pastikan lagi kerana belum sampai di pasaran Malaysia.Apa kelebihan iPad generasi ke 4 ini.

Apple juga mengejutkan dengan secara rasmi memperkenalkan iPad generasi ke 4.iPad 4 tersebut menggunakan layar 9.7 inci dengan teknologi Retina Display yang memiliki resolusi 2048 x 1536.



Yang paling utama adalah pada bahagian 
processor yang lebih laju.Tablet ini menggunakan processor Apple A6X.Apple bakal menjanjikan performance 2 kali lebih baik dibandingkan chip Apple A5X.Tak sabar rasanya nak grab 1.

Rahsia Tarikh Lahir Dalam Diri Seseorang

Tahukah anda Rahsia Tarikh Lahir Dalam Diri Seseorang itu dapat mencerminkan keperibadian seorang insan.Anda boleh mengetahui tentang diri ataupun orang lain melalui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang.


Dengan tarikh lahir kita dapat membongkar secara lebih mendalam tentang diri kita.Melalui rahsia tarikh Lahir dengan kaedah sains metafizik ini,dapat mengungkap rahsia tarikh lahir dengan ketepatan sehingga 90%.Percayakah anda,tarikh lahir anda dapat menceritakan segalanya.

Mari kita kupas tips mengenal diri sendiri melalui tarikh lahir dari Dr Fadhilah Kamsah.Lihat contoh pengiraan di bawah ini:

Sifat-sifat Dalam Diri:

  1. Pemimpin
  2. Lembut
  3. Kemas (Cerewet)
  4. Rajin
  5. Boleh berbincang
  6. Patuh
  7. Bisnes
  8. Glamour

Lihat Pengiraan di bawah:

Contoh tarikh lahir: 20 05 1981

2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
lihat hasilnya..
2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Dengan pengiraan ini dapat mencerminkan diri anda,mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri dan mungkin dapat membantu suatu hari menjadi seorang yang berguna dan juga lebih baik dalam kehidupan.

Akhirnya Masalah Login Nuffnang Selesai

Hampir sebulan lebih tak boleh nak login nuffnang .Akhirnya Masalah Login Nuffnang Selesai juga.Puas aku cari tutorial nak settlekan masalah ini,tapi tak berjaya.Banyak kali hantar tiket tetapi tetap error.Ada yang kata login menggunakan facebook tetap tak boleh juga.Kenapa tak boleh login nuffnang.

Entah macam-mana satu ari tu aku tengok website nuffnang,aku scroll ke bawah terjumpa nuffnang x aku pun cuba nak tahu.Bila aku buka nuffnang X aku try log in.Baru aku sedar aku telah membuat kesilapan.Sebelum ni aku memang ada tukar email,tapi masa tu line internet aku problem dan tak dapat pengesahan dari nuffnang.

Bila aku nak login aku guna email lama di situ berlakunya servor error.Bila aku cek gmail, nuffnang ada email dan telahpun approve.Emm..pening di buatnya,walaupun earnings aku tak banyak mana,tapi nak tahu juga,nak tengok jumlah trafiK dan juga keywords yang orang cari dalam blog aku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,