Bahaya Untuk Lelaki

Entry ini sekadar maklumat kesihatan untuk dikongsikan bersama iaitu Bahaya Untuk Lelaki tentang penyakit kanser buah zakar yang menyerang lelaki muda.Kanser buah zakar boleh di bahagikan kepada dua peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui  tahap penyakit seseorang.




Peringkat Pertama
Kanser hanya terbatas pada buah zakar.Andainya sudah merebak,ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal,kelenjar yang menapis bakteria.Terletak antara diafragma dan buah pinggang iaitu bahagian belakang tubuh.

Peringkat Kedua
Kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru,otak,hati dan tulang.Jika kanser yang menyerang agresif dan tidak dirawat,ia boleh menyebabkan kematian.

Simptom
  • Bengkak pada salah satu buah zakar. 
  • Biasanya bersaiz seperti kacang pis tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya  kekerasan.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul pada buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.
Apa yang harus anda lakukan.
  • Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
  • Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
  • Periksa setiap buah zakar dengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.
  • Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi pada bahagian depan dan tepi buah zakar.
  • Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Puaskan Isteri Di Ranjang...!!!
Mencari Kerja Di Rumah...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,