Pendaftaran BR1M 3.0 Secara Online

Kini tiba saat yang dinantikan bagi mereka yang belum pernah membuat permohonan boleh melakukan Pendaftaran BR1M 3.0 Secara Online 2014 yang telah pun dibuka baru-baru ini.


Pastikan anda benar-benar layak untuk memohon,mari kita semak syarat kelayakan permohonan di bawah ini:

  •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

       (i)       Warganegara Malaysia 

       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah                   dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan                    kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan                      RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:

       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 

       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 

  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian           Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon       BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak. 

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain         daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah. 

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke   Cawangan LHDNM yang berhampiran. 

Untuk melakukan pendaftaran secara online anda boleh terus mendaftar dengan klik...
>> e-BR1M

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,