3 CPUV/BE Dari Nuffnang

Pelik juga blog tak famous macam ni pun masih dapat 3 CPUV/BE Dari Nuffnang untuk bulan ni.Apa pun thanks to Nuffnang,mungkin ini berkat kesabaran dan kesetiaan ku padanya...ha ha.


Macam-macam kedengaran pasal nuffnang ni,tapi start blogging hingga ke hari ini,memang tampal iklan dia pun.

Apa yang saya selalu baca dan juga dengar dalam kita berblog ni,kita kena banyak bersabar dan teruskan berusaha,baru dapat hasilnya.Kalau nak kira kecewa,mula-mula join dulu 1 cpuv/be pun susah nak dapat.

CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR Bonus
Q3 New Hotlink Plan (Phas...Aiman Firdauss Blog02 Oct 2013On Going0.93%+0.39
Transitions Optical (Left...Aiman Firdauss Blog02 Oct 2013On Going0.00%
Nestle Drumstick - Most A...Aiman Firdauss Blog11 Oct 2013On Going0.00%

Walau apapun nuffnang tetap menjadi pilihan di blog ini,kerana tidak putus-putus bagi Cpuv/Be pada tiap-tiap bulan.

Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Di Facebook

Bangga Tunjuk Gambar 'BEROMEN' Di Facebook-APALAH nak jadi dengan remaja sekarang.


Kami terima ‘printscreen’ satu akaun Facebook mengenai bagaimana sepasang kasih dengan bangganya meletakkan gambar mereka dalam keadaan intim untuk tatapan ramai.Mereka seolah-olah ‘teruja’ dengan kelakuan yang cukup hina itu.


Kita tidak tahu sejauh mana hubungan yang terjalin di antara kedua-duanya – mungkin juga mereka dah bergelar suami isteri namun ia bukan lesen untuk menujukkan rahsia ‘bilik tidur’ mereka untuk tujuan perkongsian ramai.
Anda nilailah sendiri… sumber– MyNewsHub

Tips Bahagia Dari Tekanan

Adakalanya bila kita berhadapan dengan masalah kita sering kecewa dan putus asa.Dari apa yang saya baca Tips Bahagia Dari Tekanan boleh kita atasi.


Sedangkan tekanan itu kita yang cipta bagaimana mahu bahagia dan menjauhinya.

Jadikan syukur dan sabar sebagai penolong

Allah tidak minta kita tertekan,fikir 101 penyelesaian untuk masalah yang Allah beri.Tetapi hanya 2 tugasan yang Allah beri,iaitu sabar dan solat.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar ".

Dan dengan mengerjakansembahyang;kerana sesungguhnya 
Allah menyertai iaitu menolong orang-orang yang sabar."(Surah Al Baqarah: 2)


Bersyukur 

Apabila kita bersyukur hakikatnya kita sudah tidak perlu risau tentang:

- Rezeki aku tersekat
- Rezeki aku lari
- Rezeki aku hilang


Kerana janji Allah pada orang yang bersyukur dia akan beri lebih banyak iaitu tidak terkira dan tidak terbatas.

Dan ingatlah tatakala Tuhan kamu memberitahu:"Demi sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Surah Ibrahim: 7)

Ingat Allah 

Apabila kita sentiasa berzikir kepada Allah,pasti jiwa kita menghadam ketenangan.Kerana Allah 100% saturated positive.Semakin dekat kita dengan Allah,semakin positif zarah dalam jiwa,minda dan fizikal kita.Insya-Allah.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah".Ketahuilah dengan "zikrullah" itu,tenang tenteramlah hati manusia. 
(Surah Ar Raad: 28)


Maka apabila ketiga-tiga cara ini disinergi,dengan izin Allah hidup seseorang itu akan lebih bahagia tanpa tekanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,