Tutorial Edit HTML Untuk Template Baru Blogger

Salam sejahtera diucapkan kepada yang singgah ke blog ini.Untuk entry kali ini saya ingin kongsikan tentang Tutorial Edit HTML Untuk Template Baru Blogger yang telah bertukar wajah sekarang.

Pening dibuatnya apabila ingin update blog kod html template dah bertukar.Sebenarnya kod html tak berubah sama seperti sebelum ini.Cuma ia lebih sistematik dan tersembunyi untuk menjimatkan lebih ruang.


Kita boleh lihat penggunaan warna tertentu di dalam kod html lebih kelihatan jelas dan memudahkan  kerana ia diwarnai dengan warna yang berbeza.Bagaimana kita nak edit kod html ?

Terdapat tools seperti Back,Save Template,Jump To Widget, Edit Template, Preview Template,Format Template,Revert Change,Revert widget tempate to default seperti gambar di bawah:


                            

Antara tools yang tertera pada gambar di atas tiada bezanya cuma susunannya yang telah berubah.Anda mungkin telah faham tentang fungsi tools ini cuma di bawah ini ada penjelasan mengenainya:
  • Back : Berfungsi untuk menutup halaman edit html.
  • Save Template : Untuk melakukan penyimpanan pada edit template.
  • Jump to Widget :Berfungsi untuk melihat widget yang berada pada header,sidebar,footer,atau post body.
  • Edit template : Akan aktif apabila kita melakukan edit pada kod html.
  • Preview Template : Berfungsi untuk melihat hasil dari edit html yang kita lakukan ke interface blog tiada berlaku error.
  • Revert Changes: Untuk memulihkan,mengembalikan,membersihkan pengeditan yang error kembali sediakala.
  • Revert Widget Template to Widget : Mengembalikan pengeditan template ke bentuk awam dari widget atau gadget blogger.                                                               
Jika sebelum ini kita menyangka kod html kita berubah,sebenarnya tidak sama sekali.Ianya sebenarnya tersembunyi.kita boleh lihat sepenuhnya dengan klik pada anak panah seperti gambar dibawah ini:
  
                                    

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nak menggunakan control+F.Caranya sama seperti dulu cuma ada sikit perbezaan,ini kerana akan keluar ruangan search.Caranya masukkan kod html yang anda ingin cari dan enter seperti gambar di bawah ini:

                            

Di harapkan tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang menggunakan template blogger untuk melakukan perubahan pada kod html template.

Status Verified Duit Dari Says Telahpun Dihantar

Salam semuanya tak sangka tapak tangan gatal rupa-rupanya nak dapat duit.Syukur,Status Verified Duit Dari Says Telahpun Dihantar.Tak sangka juga semalam baru try isi form cash out ari ni dah verified.


Walaupun tak banyak tapi membuahkan hasil juga.Ni menambahkan semangat lagi untuk promote iklan says dimasa akan datang.

Hey Aimanfirdauss,

I'm happy to inform you that your earnings have been verified.
We will be processing your cash out payment of RM 120.00 within two weeks.
I'll notify you via email when your earnings have been transferred to your bank account.
Have a great day!
Aqila,
SAYS Community Relations

Dapat save duit gaji untuk bayar bil broadband bulan ni nampaknya,he he...kepada rakan-rakan yang belum menyertai boleh buat duit dengan says untuk buat duit sampingan.

Penjagaan Kesihatan Wanita Yang Berusia


Dalam kesibukan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah,wanita selalunya sering kesuntukkan masa untuk diri sendiri.Bagaimana Penjagaan Kesihatan Wanita Yang Berusia yang perlu dilakukan.
Dalam kesibukkan seharian,kita perlulah bijak mencuri sedikit masa untuk merawat,menjaga dan memanjakan diri sendiri.Tips di bawah mungkin dapat membantu wanita terutamanya yang berusia untuk mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri menjadi lebih baik.
  • Elakkan muka dari pancaran cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang.Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan warna kulit, bahkan juga dapat mengurangkan kelempapan dan berlakunya kekeringan.
  • Mengawal pemakanan dapat melambatkan proses penuaan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang.Banyakkan makanan berserat tinggi,sayur dan buah-buahan.Mengurangkan makanan berlemak,minuman dan makanan ringan.
  • Melakukan senaman mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.Latih diri dengan melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur atau lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Guna Pelembap yang sesuai apabila tahap umur menjangkau 30-an,keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang.Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.Gunakanpelembab yang sesuai dengan kulit muka.
  • Minum banyak air dapat melambatkan proses penuaan.Air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka dan penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,