Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Menurunkan Badan Dengan Mudah

Masalah berat badan berlebihan sememangnya menimbulkan masalah dalam memilih saiz pakaian.Mujurlah kini ada cara Menurunkan Badan Dengan Mudah dalam masa yang sama membuang toksin yang berada didalam badan.


Bagi wanita lazimnya mengutamakan kecantikkan pada badan ini merupakan satu value buat mereka.Ada yang merasa rendah diri dan kurang keyakinan dalam penampilan bila menghadapi masalah berat badan berlebihan.

Berat badan yang berlebihan bukan hanya tidak cantik bila dipandang dalam masa yang sama mengundang risiko pelbagai penyakit.Sesuatu yang menarik untuk anda tahu samada lelaki dan wanita yang ingin mengurangkan berat badan.

Review produk percuma yang berkesan untuk anda tahu yang telah dicuba oleh 900 orang pengguna sememangnya berkesan untuk anda mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan.Dapatkan maklumat selanjutnya dibawah ini.


Tips Untuk Berfikir Lebih Pantas

Otak manusia merupakan organ penting dan juga dikaitkan sebagai komputer biologi.Antara Tips Untuk Berfikir Lebih Pantas anda dapat melakukan beberapa hal di bawah ini mungkin akan membuatkan otak anda bekerja dengan lebih baik.


Berfikiran Kreatif

Melukis atau pelajari alat muzik atau melakukan sesuatu perkara yang baru dapat membuatkan diri anda berfikir lebih cepat dan kreatif.

Seks dengan lebih terancang

Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut pengajar senior dan seorang ahli biologi.Dengan melakukan seks dapat meningkatkan peredaran darah ke otak sekaligus dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

Mencuba permainan menguji minda
Antaranya bermain teka-teki silang kata,Sudoku atau sebagainya dikatakan dapat membuatkan otak kita pada tahap kondisi terbaik.

Beriadah

Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan otak dan pikiran.Dengan melakukan riadah di taman atau tempat yang udaranya segar akan membantu anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran lebih 'jernih.'


Pengambilan dosis EPA secukupnya

EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak dan juga melancarkan peredaran darah sekaligus meningkatkan daya ingatan kita.

Senyum

Dengan senyuman juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.Biasakan wajah itu dengan senyuman dan senyum merupakan satu sedekah. 

Bebaskan pemikiran anda dari penjara fikiran,dengan tips diatas mungkin dapat membantu anda menemui cara berpikir yang belum pernah anda rasai sebelumnya.

Kebaikan Minyak Zaitun

Selain daripada makanan sunnah,terdapat banyak khasiat dan manfaat yang terkandung dalam Kebaikan Minyak Zaitun untuk tubuh badan kita.Antaranya ialah:


                                                                                                                          
Dapat mengurangkan risiko kanser
Ini kerana minyak zaitun kaya dengan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan.Minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan juga mengurangkan risiko kanser saluran pernafasan dan saluran penghadaman.

Dapat mengurangkan lemak
Minyak zaitun tidak mengandungi banyak lemak tepu.Oleh itu dengan penggunaan minyak zaitun untuk tujuan diet,anda boleh kehilangan lemak badan yang berlebihan tanpa melakukan aktiviti fizikal yang banyak.

Untuk kesihatan jantung
Minyak zaitun kaya dengan lemak monotaktepu dan antioksidan yang boleh mengurangkan tahap kolesterol.Ia dapat menghalang lemak tersumbat dalam arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung.

Melambatkan proses penuaan
Minyak zaitun kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan K.Dikatakan mempunyai polifenol yang dapat melambatkan proses penuaan.Asid lemak yang terkandung dapat menjadikannya arteri lembut dan meningkatkan kelembapan pada kulit.

Mengawal paras gula dalam darah                                                        Minyak zaitun di katakan kaya dengan lemak monotaktepu yang
menggalakkan tahap insulin yang sihat.Minyak zaitun dikatakan dapat membantu untuk mengekalkan paras gula darah.

Penjagaan Kesihatan Wanita Yang Berusia


Dalam kesibukan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah,wanita selalunya sering kesuntukkan masa untuk diri sendiri.Bagaimana Penjagaan Kesihatan Wanita Yang Berusia yang perlu dilakukan.
Dalam kesibukkan seharian,kita perlulah bijak mencuri sedikit masa untuk merawat,menjaga dan memanjakan diri sendiri.Tips di bawah mungkin dapat membantu wanita terutamanya yang berusia untuk mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri menjadi lebih baik.
  • Elakkan muka dari pancaran cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang.Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan warna kulit, bahkan juga dapat mengurangkan kelempapan dan berlakunya kekeringan.
  • Mengawal pemakanan dapat melambatkan proses penuaan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang.Banyakkan makanan berserat tinggi,sayur dan buah-buahan.Mengurangkan makanan berlemak,minuman dan makanan ringan.
  • Melakukan senaman mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.Latih diri dengan melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur atau lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Guna Pelembap yang sesuai apabila tahap umur menjangkau 30-an,keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang.Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.Gunakanpelembab yang sesuai dengan kulit muka.
  • Minum banyak air dapat melambatkan proses penuaan.Air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka dan penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Tanda-Tanda Mati Pucuk

Info ini khas bagi kaum lelaki untuk mengetahui Tanda-Tanda Mati Pucuk bagi mereka yang bakal bergelar suami ataupun yang telah pun mendirikan rumah tangga,agar dapat memberikan kebaikan dan juga kebahagiaan buat mereka.


Antara tanda-tanda mati pucuk yang di senaraikan untuk pengetahuan anda adalah seperti berikut:Lihat ini...

1. Zakar tidak mampu menegang.Ia dikategorikan jenis mati pucuk yang parah dan biasanya berlaku pada purata satu orang dalam seratus lelaki.Ia merupakan mati pucuk yang paling di takuti  setiap lelaki.

2. Zakar lembik dan tidak berupaya melakukan hubungan intim.Mani keluar sebelum melakukan hubungan.Dikategorikan jenis mati pucuk yang mendukacitakan.Masih boleh diubati dan mungkin berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3. Zakar tegang tetapi tiadak dapat memancutkan air mani.Ia juga termasuk kategori mati pucuk,kerana akan menyebabkan seorang lelaki itu terpaksa berhenti beraksi kerana keletihan dan kelesuan.

4. Zakar tidak tegang berkeadaan seperti biasa.Ia juga disifatkan jenis mati pucuk.Ada yang mengatakan lemah syahwat atau lemah tenaga batin.Jenis ini sering melanda kebanyakkan lelaki.

Harap-harap anda tidak tergolong dalam masalah di atas kerana ia bakal memberi kesan kepada kebahagiaan rumahtanga anda.Sekiranya berlaku pulihkannya sebelum terlambat dan dapatkan cara mengatasinya.Disini...


Cara Menjaga Mata Dari Radiasi Komputer

Mata merupakan organ yang paling berharga buat kita.Tetapi tahukah anda Cara Menjaga Mata Dari Radiasi Komputer mengenai pengaruh sinar radiasi yang dipancarkan dari monitor yang akan menganggu kesihatan mata seseorang. 


Berikut terdapat beberapa cara untuk mengatasi kelelahan dan ketegangan mata di saat bekerja di depan monitor.Semoga dapat memberikan manfaat dan juga menjaga pancaindera kita yang paling utama ini.

1) Jgn terlalu dekat dgn mnitor ( Minimal jarak dengan mata +- 75CM)

2) Cahaya 

  • Elakkan menggunakan komputer dalam ruangan yang terlalu terang ia boleh menyilaukan mata.
  • Elakkan dari ruangan yang terlalu gelap ini akan membuatkan daya penglihatan menjadi lebih fokus dan seterusnya dapat memenatkn mata.
3) Gunakan filter monitor- untuk mengurangi sinar yang menyilaukan dan radiasi yang dipancarkan.boleh gunakan filter glass monitor.

4) Masa menaip gunakan font yang cukup besar atau zoom supaya kelihatan lebih jelas,ini dapat mengurangkan keletihan pada mata. 

5) Rehatkan mata buat seketika.Pejam atau kedipkan mata ataupun semasa menghadap komputer kedipkan mata banyak kali ini dapat menjaga mata anda supaya sntiasa lmbab dan kering. 

6) Bila mata terlalu tumpu pada monitar cuba alihkan pandangan anda seketika ini bertujuan untuk menyegarkan mata anda. 

7) Periksa kacamata atau contact lense yg anda gunakan.Kemungkinan power naik tanpa sedari,ini akan menyebabkan mata anda bekerja lebih kuat dari biasa. 

 Semoga info ini dapat memberikan manfaat untuk melindungi pacaindera anda...

Rahsia Mandi Sebelum Waktu Subuh

Menurut kajian,kandungan gas ozon pada waktu pagi adalah lebih tinggi berbanding pada waktu lain.Tetapi ramai yang tidak tahu Rahsia Mandi Sebelum Waktu Subuh dan kepentingannya untuk tubuh badan anda. 



Jika anda mandi sebelum waktu subuh,ia bukan sahaja membersih malah memberikan kesegaran dan kebaikan untuk tubuh badan anda.Antara kebaikannya ialah :

Kulit Lebih Lembut Dan Halus

Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat bagi menghilangkan kesejukan.
Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata,mandilah dengan menggunakan air sejuk.Ini kerana air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata.Begitu juga dengan kuku.Ia akan menjadi lebih sihat,kuat dan tidak mudah pecah.Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


Melancarkan Peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar,maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Malah anda juga boleh melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih.

Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan akan menjadi lebih positif apabila anda mandi pada waktu pagi.
Yang mana ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Bagi mengurangkan risiko penyakit darah tinggi,mungkin ini merupakan salah satu cara yang boleh anda amalkan.
Insyaallah,dengan izin ALLAH,anda akan memiliki tubuh yang sihat.


Mengurangkan Tekanan 

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring.
Buat anda yang mengalami tekanan,inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. 


Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan manusia.
Apabila sel darah putih banyak,maka daya tahan penyakit terhadap virus dalam tubuh badan meningkat.Oleh itu anda tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan

Salam semuanya,mungkin ramai di antara kita yang gemarkan makanan pedas tapi tahukah anda Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan.Pada entry kali ini saya nak sharing sikit info yang saya dapat,sebab saya pun suka makanan yang pedas-pedas.



Lazimnya masyarakat di Malaysia memang menggemari makanan pedas.Tidak sah jika sesuatu masakan itu tidak di hidangkan dengan penggunaan cili dan rempah yang akan membuatkan masakan itu menjadi pedas.Tapi perlu di ingat jangan terlalu berlebihan.Lihat info di bawah ini.

Sukar Untuk Tidur

Ini di sebabkan suhu badan meningkat dan badan akan berpeluh ini akan menyebabkan anda tidak selesa dan susah untuk tidur.Disarankan mengambil makanan pedas 3 hingga 4 kali dalam seminggu.

Peradangan 
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

Kehilangan Selera Makan
Apabila penyediaan menu makanan anda dari masakkan pedas sahaja, ini akan menyebabkan pergantungan terhadap makanan tersebut.Maka selera makan anda tidak teratur akibatnya tubuh hanya bergantung pada makanan pedas sahaja.

Menyebabkan Gangguan Perut(akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung.Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

Bagaimanapun ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan,Pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.

Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut,boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.


Bahaya Untuk Lelaki

Entry ini sekadar maklumat kesihatan untuk dikongsikan bersama iaitu Bahaya Untuk Lelaki tentang penyakit kanser buah zakar yang menyerang lelaki muda.Kanser buah zakar boleh di bahagikan kepada dua peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui  tahap penyakit seseorang.




Peringkat Pertama
Kanser hanya terbatas pada buah zakar.Andainya sudah merebak,ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal,kelenjar yang menapis bakteria.Terletak antara diafragma dan buah pinggang iaitu bahagian belakang tubuh.

Peringkat Kedua
Kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru,otak,hati dan tulang.Jika kanser yang menyerang agresif dan tidak dirawat,ia boleh menyebabkan kematian.

Simptom
  • Bengkak pada salah satu buah zakar. 
  • Biasanya bersaiz seperti kacang pis tetapi kadangkala lebih besar.
  • Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
  • Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya  kekerasan.
  • Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
  • Rasa buah zakar lebih berat.
  • Cecair tiba-tiba berkumpul pada buah zakar.
  • Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
  • Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.
Apa yang harus anda lakukan.
  • Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
  • Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
  • Periksa setiap buah zakar dengan kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.
  • Pastikan kedudukan epidermis, flub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi pada bahagian depan dan tepi buah zakar.
  • Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Tips Menghilangkan Perut Buncit

Bagi yang mempunyai masalah perut buncit mungkin terasa bosan apabila memakai baju,bila melihat perut kelihatan terlebih kehadapan.Tidak dapat memakai baju mengikut bentuk badan.Rasa cemburu dengan mereka yang memiliki perut tidak buncit dan cantik.Di sini terdapat Tips Menghilangkan Perut Buncit agar kelihatan lebih cantik dan menarik.

                        


1) Pengambilan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang menarik,kita boleh mengamalkan pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian,kerana ia dapat membantu kita untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul seperti makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks,serat,vitamin dan mineral,protein,ikan dan sayuran berdaun hijau.


2) Jangan mengambil makanan ringan
Untuk yang mahu menghilangkan masalah perut buncit, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya akan membawa kepada kandungan kalori yang tinggi.Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. 

3) Jangan makan pada lewat malam
Elakan makan di waktu tengah malam.Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana itu merupakan masa tidur,proses pembakaran akan berhenti. Selain itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. 

4) Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha menghilangkan perut buncit.Kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan amalkan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter,iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.


5) Melakukan senaman kardio

Senaman ini sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan masalah perut buncit,senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa.Lakukan senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian anda.

Penyakit Barah Hati Dan Majoriti Adalah Lelaki

Seramai 2.5 juta rakyat Malaysia dikesan menghidap Penyakit Barah Hati Dan Majoriti Adalah Lelaki, menurut statistik yang dikeluarkan Yayasan Hepar Malaysia.Presidennya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi di seluruh negara bagi penyakit hepatitis B, manakala Kelantan pula mencatatkan kadar tertinggi bagi hepatitis A.

                                                 

Hepatitis B ini berjangkit dari ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan darah.Lambakan pendatang asing dari pelbagai negara di Sabah dan Sarawak mungkin faktor penyebab berlakunya peningkatan hepatitis B ini di kedua-dua negeri berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kempen kesedaran penyakit hepatitis peringkat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut turut mendapat perkenan cemar duli dan disempurnakan oleh Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan pesakit-pesakit hepatitis seluruh negara untuk membantu memberi sokongan rawatan dan kaunseling.

Terengganu adalah negeri pertama yang kita jelajahi untuk kempen ini pada 2012 yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan suntikan vaksin.Malah, sempena kempen ini juga, harga vaksin diberi subsidi iaitu hanya RM60 berbanding RM80 pada waktu biasa,katanya. -  Sumber dari BERNAMA.

Telur Di Katakan Punca Penyakit Jantung

Telur Di Katakan Punca Penyakit Jantung ini kerana telur tinggi kandungan kelestrol dan anda akan di serang sakit jantung jika sering makan telur.Ini adalah satu fakta yang tidak benar.Persatuan Jantung Amerika telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sukatan spesifik yang disarankan kepada individu tentang pengambilan telur.

Semantara itu,sebuah kajian mengenai fakta diet dan mitos telur yang di terbitkan  dalam Havard Heart Letter  oleh penerbit sekolah perubatan Harvard mendapati tiada kaitan antara tabiat makan telur dengan penyakit jantung seperti yang di dakwa sebelum ini.Sebaliknya telur adalah sumber nutrisi yang baik.Sebiji telur mengandungi 6 gram protein dan lemak tidak tepu yang sihat.
                            
Telur juga kaya dengan sumber kolina iaitu sejenis vitamin B kompleks yang dikaitkan dengan kekuatan memori serta lutein dan zeazantin yang membantu fungsi mata.Sila Ambil perhatian  dengan kaedah penyediaan hidangan berasaskan telur,anda perlu berhati-hati.Ini kerana hidangan sebiji telur boleh berubah kandungan nutrisinya.Ini di sebabkan faktor bahan tambahan yang di gunakan dalam masakan seperti minyak masak dan mayones yang tinggi kandungan lemak.

Puaskan Isteri | Hebat Di Ranjang | Hingga Orgasma

Puaskan Isteri | Hebat Di Ranjang | Hingga Orgasma.Ini merupakan preview ebook terbaru tentang niche rumah tangga yang sedang hangat di perkatakan iaitu ebook yang bertajuk Puaskan Isteri.Khas untuk suami dan juga bakal suami.

                                      

Berikut adalah, antara isi kandungan Ebook Puaskan Isteri :

1. Bagaimana cara buat wanita mencapai orgasma.

2. Kenapa anda perlu menghayati proses memberi orgasme. 

3. Bagaimana cara anda berkomunikasi boleh menyebabkan 
isteri anda berkata “aaah! abang abang dah naaakk....!!!” 
atau berkata “la, dah habis ke?”

4. Kenapakah orgasma isteri sukar difahami?

5. Bagaimana wanita menggambarkan orgasma di 
dalam hidup mereka.

6. Fakta menarik: ramai isteri tidak mengenali orgasma 
kerana suami mereka tidak pernah memuaskan hati mereka.

7. Bagaimana bentuk "rangsangan yang isteri anda nak".

8. Kepada wanita: jika anda ada suami yang tidak pandai 
memberi klimaks kepada anda, baca muka surat 6. 
Inilah realitinya.

9. 2 halaman yang patut anda cetak supaya anda boleh 
selitkan sembunyi-sembunyi ke dalam beg bimbit isteri anda.

10. Kenapa klip 3gp yang anda tengok itu tidak boleh 
mengajar anda mengenai seks. Jika anda rasa melihat video 
lucah sudah cukup untuk belajar - fikirkan lagi. 
Mereka menipu anda hidup-hidup.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut Download PERCUMA ebook Puaskan isteri versi perview sekarang di bawah ini:


Risiko Seks Sebelum Kahwin

Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai  budaya dan sosial mereka.Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan Risiko Seks Sebelum Kahwin biasanya tidak dirancang.
Siapakah yang berisiko
  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa
     
                                         
Apakah kesan-kesannya
  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual
  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan. Lihat
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang
       
Bagaimana untuk mengelakkannya
  • Elakkan melakukan hubungan seks
    • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
    • Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan"Tidak, bukan sekarang". 
    • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
    • Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
  • Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
     
Apakah implikasi undang-undang yang ada
  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
  • Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
  • Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai "Statutory rape" .

Sakit Kepala | Gejala Yang Kerap Berlaku

Sakit Kepala adalah Gejala Yang Kerap Berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.
Sebab Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migraine (penyempitan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun

                                          
Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migraine, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
  • Kendalikan tekanan anda dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
  • Demam.
  • Jika anda melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
Pencegahan
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat

Pemakanan Bagi Pengidap Penyakit Darah Tinggi

Makanan adalah punca kepada penyakit darah tinggi.Oleh itu pengambilan makanan yang seimbang perlu ,ini mampu mengurangkan daripada mendapat penyakit darah tinggi.Di sini terdapat maklumat cara Pemakanan Bagi Pengidap Penyakit Darah Tinggi.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
  •   Garam / natrium
  •   Berat badan
                               
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
Menambah Perisa Dalam Makanan
Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda. Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan. Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
 Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

Rahsia Awet Muda


SIAPA yang tidak terganggu memikirkan usia semakin meningkat. Selain bentuk fizikal, kudrat juga semakin terhad. Cuba fikir sejenak, mahukah kita menjadi seorang tua yang lemah.Mari kita pelajari apa yang dimaksudkan Rahsia Awet Muda.

Tidak berdaya, cerewet, pelupa, rabun, tidak sihat dan lebih selesa bersendirian tatkala anak cucu datang menjenguk atau menjadi warga tua yang cergas, aktif, sihat dan gembira menempuh saat persaraan.


Definisi peningkatan usia yang dikaitkan dengan nombor tidak lagi relevan. Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dielakkan, tetapi ia boleh dilengahkan. Pakar perubatan hari ini tidak lagi mentakrifkan tua berdasarkan umur biologi (angka).

Sebaliknya lebih melihat kepada tahap kesihatan seseorang.Mengikut kajian, bilangan warga tua di Malaysia meningkat hampir 1.4 juta pada 2000 dan dijangkakan mencecah 3.4 juta menjelang 2020. 


 


1) Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif


2) Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan 

3) Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang 

4) Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan 

5) Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol 

6) Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,