Makanan adalah punca kepada penyakit darah tinggi.Oleh itu pengambilan makanan yang seimbang perlu ,ini mampu mengurangkan daripada mendapat penyakit darah tinggi.Di sini terdapat maklumat cara Pemakanan Bagi Pengidap Penyakit Darah Tinggi.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
- Garam / natrium
- Berat badan
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
Menambah Perisa Dalam Makanan
Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda. Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan. Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
Mencari Kerja Di Rumah...!!!
1 ulasan :
Betul tu..makan untuk sihat. Yang penting bersederhana dalam semua menu. Boleh bubuh garam, gula dalam semua menu harian kita tapi hendaklah sedikit sahaja asal sesedap rasa bukan sesedap tekak. Amalkan cara pemakanan yang sederhana jangan berpantang sangat sebab gula penting juga untuk tenaga. Tapi kalau penyakit kencing manis baik ambil gula yang sesuai atau tidak perlu langsung gula dalam kandungan makanan/minuman kita.
Catat Ulasan