Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus

Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengan anaksaudara Tn Hj Omar bin Tahar,Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1,Hulu Klang,Gombak.Di bawah,Diantara Gambar Perkahwinan Kali Ke-3 Ustaz Azhar Idrus  untuk tatapan anda semua.






Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus,semoga berpanjangan sehingga akhir hayat Amin.

Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami

Apa yang ditulis ini adalah sekadar renungan bersama tanpa menyakiti hati sesiapa.Kita sering dengar cerita suami menyakiti hati isteri tapi apakah Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami mereka:


Nabi Muhammad s.a.w.ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu,antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Antara ciri-ciri isteri yang suka menyakiti hati suami  dan bakal menjadi penghuni neraka :

Kufur Dengan Kebaikan Yang Telah Diberikan Oleh Si Suami

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan si suami karena Allah tidak akan melihat isteri seperti ini.

Derhaka Terhadap Suami Antaranya
  • Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
  • Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.
  • Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri karena ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
  • Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau balasan isteri yang suka menyakiti hati suami yang akan diterima di akhirat nanti.Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,khususnya kaum isteri.         

Doa Mohon Jodoh Terbaik

Setiap orang pasti merasa resah ketika dia belum mendapatkan jodohnya.Di sini saya nak sharing mengenai Doa Mohon Jodoh Terbaik yang boleh diamalkan.Merupakan salah satu cara untuk mereka mendapatkan pasangan hidup.

Di antara doa untuk mendapatkan jodoh:


Berdoalah agar mendapat jodoh yang baik:



Maksudnya:

Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang)yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertaqwa.

Setiap insan pasti menginginkan jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat.Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik.InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankannya. 

Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul

Terdapat Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi ini dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

                        
         اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ    

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya :Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”(Riwayat Al-Bukhari,no 2104,2/722; Sunan Al-Baihaqi,5/97;Musnad ahmad,2/403;Fath Al-Bari,6/393;Umdat Al-Qari, 12/30;Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah,Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda,iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru,jika berbaju kebaya terbelah,baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda.Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,