Memaparkan catatan dengan label bicara kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bicara kata. Papar semua catatan

Pendapatan Pasif Sememangnya Menarik

Jika sebelum ini saya menyertai banyak program buat duit online seperti affiliate,dropship,promosi link iklan dan sebagainya.Tapi pendapatan yang saya perolehi tidak sama dengan Pendapatan Pasif Sememangnya Menarik dan memberi kepuasan.


Apa yang saya perkatakan mungkin sedang bermain difikiran anda dan timbul tanda tanya. Pendapatan pasif berbeza dengan pendapatan yang diterima seperti kita menjual satu produk dan pendapatan yang diperolehi dari gaji kita berkerja.

Pendapatan pasif bermaksud  pendapatan yang kita perolehi dari satu penjualan dan pengguna yang menggunakannya akan memberi kita pendapatan secara berterusan selagi mana ia menggunakan produk tersebut.

Biasanya bisnes yang memberi pendapatan pasif ini berkonsepkan rangkaian dan menjalalankan perniagaan membekal satu produk perkhidmatan yang merupakan satu keperluan pengguna dan mempunyai pasaran yang luas.

Contohnya prepaid @ kad tambah nilai prabayar yang digunakan oleh setiap orang dan juga satu keperluan bagi orang yang menggunakan handphone hingga berpuluh juta pengguna handphone di Malaysia.

Itulah kehebatan pendapatan pasif sebagai contoh saya merupakan promoter simkad handphone bila saya jual pada orang saya akan dapat bonus penajaan dan mendapat komisyen dari nilai top up mereka.

Selagi mana mereka menggunakan simkad yang saya jual kepadanya selagi itu saya akan terus menjana pendapatan tidak kira masa dan ketika umpama saya mempunyai kedai top up sendiri pada hal mereka topu up dimana-mana kedai.

Ayat Sebelum Bismillah

Hanya sekadar perkongsian bagi yang sering lupa membacanya.Tahukah anda Ayat Sebelum Bismillah yang perlu dibaca untuk membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.


Doa Ta'awwuz ialah ucapan "A'uzubillahi Minas Syaitonir Rajim" yang diucapkan sebelum membaca "Bismillah".

Firman Allah:

“Jika engkau diganggu Syaitan dengan sesuatu gangguan, hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al A’raf : ayat 200)


Manfaat Membaca Ta’awwuz;


1. Mengutuk Syaitan
2. Dapat Mengusir Syaitan
3. Mengatasi Mimpi Buruk
4. Menhilangkan Perasaan Takut
5. Menghentikan Pertanyaan Menyesatkan

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:“Syaitan akan menghampirimu dan bertanya:“Siapakah yang menciptakan ini dan itu?” sehingga akhirnya dia bertanya:


“Siapakah yang menciptakan tuhanmu ini?”Apabila sudah sampai di situ, maka berlindunglah kepada Allah SWT (mengucapkan:A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim).”(HR.Muslim)

#9 Formula Seru Rezeki....

Rahsia Lulus MUET Untuk Mendapat Band Tertinggi

Bagi calon peperiksaan muet,semestinya perlu lulus dalam peperiksaan ini.Tahukah anda Rahsia Lulus MUET Untuk Mendapat Band Tertinggi bagi memudahkan anda melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam IPTA) tempatan.


Muet diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat  mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebab itulah peratusan gagal lebih kurang separuh setiap kali peperiksaan berlangsung.Ada yang mengatakannya sukar.Mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan harus mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 dalam peperiksaan tersebut.

kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut.Jika anda ingin berjaya anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan.

Serius,susah nak lulus peperiksaan muet ini,jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh,tapi jika anda betul nak berjaya,anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan muet dibawah ini...

Amalan Untuk Murah Rezeki

Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Tahukah anda antara Amalan Untuk Murah Rezeki yang perlu kita amalkan ? lihat di bawah ini,apakah kita tidak pernah mengabaikannya:


  • Meluangkan masa untuk beribadah
  • Memperbanyak istighfar
  • Tinggalkan perbuatan dosa
  • Sentiasa ingat Allah (SWT)
  • Berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • Banyak berselawat
  • Buat kebajikan banyak-banyak
  • Melakukan aktivi harian di pagi hari
  • Menjalinkan silaturrahim sesama insan
  • Sentiasa kekal berwuduk
  • Bersedekah
  • Bersyukur kepada Allah (SWT)
  • Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
  • Berdoa
  • Berikhtiar sehabisnya
  • Bertawakal

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkan),dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Pendek kata,bagi orang Islam,untuk murah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya,kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT)lalu Allah(SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami

Apa yang ditulis ini adalah sekadar renungan bersama tanpa menyakiti hati sesiapa.Kita sering dengar cerita suami menyakiti hati isteri tapi apakah Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami mereka:


Nabi Muhammad s.a.w.ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu,antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Antara ciri-ciri isteri yang suka menyakiti hati suami  dan bakal menjadi penghuni neraka :

Kufur Dengan Kebaikan Yang Telah Diberikan Oleh Si Suami

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan si suami karena Allah tidak akan melihat isteri seperti ini.

Derhaka Terhadap Suami Antaranya
  • Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
  • Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.
  • Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri karena ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
  • Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau balasan isteri yang suka menyakiti hati suami yang akan diterima di akhirat nanti.Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,khususnya kaum isteri.         

Doa Mohon Jodoh Terbaik

Setiap orang pasti merasa resah ketika dia belum mendapatkan jodohnya.Di sini saya nak sharing mengenai Doa Mohon Jodoh Terbaik yang boleh diamalkan.Merupakan salah satu cara untuk mereka mendapatkan pasangan hidup.

Di antara doa untuk mendapatkan jodoh:


Berdoalah agar mendapat jodoh yang baik:



Maksudnya:

Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang)yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang(mahu) bertaqwa.

Setiap insan pasti menginginkan jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat.Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik.InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankannya. 

Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul

Terdapat Doa Khusus Wanita Mengelakkan Rogol Dan Cabul bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi ini dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

                        
         اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ    

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya :Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim”(Riwayat Al-Bukhari,no 2104,2/722; Sunan Al-Baihaqi,5/97;Musnad ahmad,2/403;Fath Al-Bari,6/393;Umdat Al-Qari, 12/30;Sohih)

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah,Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda,iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 

Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru,jika berbaju kebaya terbelah,baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda.Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Statistik Pengunjung Blog Hari Ini

Salam semuanya,terima kasih diucapkan buat si pembaca entry ini.Bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi Statistik Pengunjung Blog Hari Ini yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan blogger lain.



Tapi apa-pun target untuk 1500 uniques visitor dalam masa sehari masih tak layak nak apply innity.Ini sekadar menyuntik semangat untuk update entry lagi agar lebih baik.

BLOG MANAGER
  • Aiman Firdauss Blog
TOTAL UNIQUES TODAY
TOTAL VIEWS TODAY

HourUniquesViews
0:0087111
1:003549
2:002329
3:002637
4:00914
5:00610
6:00812
7:003354
8:0079143
9:00110173
10:0087130
11:006190
12:0055103
13:0077119
14:0099172
15:00135217
16:0096161
17:0068122
18:0068103
19:0072115
20:00127201
21:00100168
22:0072105
Total15332438

Kalau boleh maintain trafik macam ni,mudah agaknya nak dapat BE.Satu hal lagi kita merasa puas bila ramai pengunjung yang lihat blog kita.Rasa hasil kerja kita di hargai.

Trafik Blog Semalam Lain Macam

Gara-gara gatal tangan mengubah setting kononnya nak up kan trafik,blog pun menjunam tetapi Trafik Blog Semalam Lain Macam dari hari berikutnya.Ini mungkin disebabkan setting semula blog ini berjaya di baca oleh search engine google.


Baru rasa semangat nak update blog ditambah pula apabila melihat akaun nuffnang dapat cpuv campaign untuk bulan februari.Apa-pun selepas ini memang kena berhati-hati takut lain pula jadinya.


Feb-19242361
Feb-208851307

U Mobile - Broadband Prom...Aiman Firdauss Blog20 Feb 2013On Going0.00%0.00

Rahsia Wajah Wanita

Mungkin ada kebenarannya ataupun sekadar kebetulan sahaja.Ini merupakan tajuk entry pada kali ini iaitu tentang Rahsia Wajah Wanita buat pengetahuan anda.Wajah Wanita yang cantik merupakan daya tarikan bagi seorang lelaki apabila melihatnya.


Wanita Berdagu Bulat

Ada yang mengatakan wanita yang mempunyai dagu seperti bulat telur dikatakan ia tidak suka berbohong.Tidak mahu melakukan tindakan secara melulu dan kesetiaan terhadap cintaya boleh di percayai.

Wanita seperti ini mampu memberikan kebahagiaan buat suami dan mampu menjadi pelindung keluarga bahkan ia juga tidak suka bertengkar.

Wanita Berdagu Runcing

Wanita yang mempunyai dagu runcing lain pula perwatakan dan sikapnya.Sepintas lalu ia kelihatan ramah,tenang dan hidup teratur.Sayangnya anggapan itu tidak benar bila dalam hatinya bergolak atau merasa tidak sesuai dengan orang lain.

Secara tiba-tiba pula ia akan beubah menjadi seorang yang cerewet.Tanpa segan silu mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.Ia selalu menjadi mangsa cinta dan mudah jatuh cinta bahkan juga mudah melupakannya.Wanita ini biasanya berwajah cantik dan ramai lelaki mudah jatuh hati padanya.

Wanita Berdagu Besar Dan Tebal

Wanita berdagu bulat dan tebal biasanya pandai berpura-pura.Ia kurang memerlukan kehadiran seseorang lelaki,sedangkan nafsu seksnya amat besar.Apabila jatuh cinta maka segala apa yang dipertahankan mudah terlerai.

Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan seperti otaknya mampu menyelesaikan persoalan yang tidak mampu dilakukan oleh wanita lain.Juga memiliki bakat besar dalam sgala hal juga berpotensi untuk jadi kaya.

Wanita Berdagu Panjang

Wanita berdagu panjang memiliki watak yang bijaksana.Ia tidak cerewet dan berpura-pura dan bertenang menghadapi masalah yang datang dengan berfikir dengan kewajarannya untuk menyelesaikannya.

Pandai menjaga kehormatan baginya kehormatan wanita hanya akan diserahkan untuk insan yang bergelar suami sahaja.Ia juga mempunyai watak sebagai seorang pendendam.

Apa yang diperkatakan diatas hanyalah sebagai bahan bacaan sahaja.Ia tidak boleh dijadikan sebagai ukuran untuk melevel diri seseorang...

Wanita Yang Bertudung Mempunyai Kelebihan

Sesungguhnya Tuhan telah mengaturkan segalanya antara keburukan dan juga kebaikan bagi umatnya.Ini telah dibuktikan dari segi sains mengenai Wanita Yang Bertudung Mempunyai Kelebihan tersendiri.



Bukan hanya sekadar hukum yang diwajibkan untuk wanita muslim memakainya,bahkan ia memberikan kebaikan. 

Antaranya ialah yang tersenarai di bawah ini.
  • Seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pada 108 suhu Farenheit.Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala.Apabila fosforus cair,fungsi otak akan menurun.
  • Ujian menunjukkan 40-60 peratus kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala.Oleh itu perlu menutupnya terutama dimusim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang.
  • Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit,ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak.Justeru itu kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.
  • Mereka yang memakai tudung tidak terpengaruh utuk menggunakan pewarna rambut,menurut pakar sains pewarna rambut mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dengan matahari dan kesejukan.
Ini menunjukkan ada hikmah disebalik kenapa seorang wanita muslim diwajibkan memakai tudung atau jilbab.

Doa Ketika Susah

Dalam kehidupan ini setiap orang pasti pernah merasai kesusahan walaupun berbeza bentuk kesusahan yang di hadapinya.Doa Ketika Susah adalah amalan terbaik untuk mententeramkan jiwa dan mengajar kita bersabar dari dugaan yang maha esa.

Kadangkala bagai terhiris hati kita bila mengenangkan keperitan yang kita lalui tapi itu sebenarnya ujian buat kita sejauh mana tahap kesabaran kita untuk menghadapinya.Jika anda sedang mengalami atau dalam kesusahan amalkan dengan membaca doa di bawah ini.

Doa Ketika Susah


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: Tiada tuhan selain Allah Yang Agung lagi Maha Belas Kasih, tiada tuhan selain Allah Tuhan Arasy yang agung, tiada tuhan selain Allah pemelihara langit dan bumi serta Arsy yang mulia (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesusahan boleh datang pada bila-bila masa sahaja.Tidak ambil peduli siapa sasarannya dan menyerang sesiapa sahaja.Kadang kala ia datang tanpa di duga.Ditengah kebahagiaan yang kita rasakan ia muncul secara tiba-tiba.

Yakinlah Allah s.w.t tidak akan menurunkan kesukaran kepada kita jika kita tidak mampu menyelesaikannya.Ujian yang turun kepada kita membuktikan Allah s.w.t sayang kepada kita.

Sehingga kita menjadi sentiasa dekat dengannya. Mudah-mudahan dengan kesukaran yang dihadapi akan semakin mendekatkan diri kita kepada yang maha esa.

Trafik Blog Meningkat Minggu Ini

Salam semuanya kepada yang singgah untuk membaca entry ini.Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi kepuasan sebagai seorang blogger bila blog di kunjungi ramai pengunjung.Trafik Blog Meningkat Minggu Ini
secara mendadak mungkin disebabkan keyword blog ini hits dalam carian google.

Trafik Blog Meningkat Mingg Ini

Macam tak percaya kerana sebelum ni hanya 100 unique visitor sehari

BLOG MANAGER
  • Aiman Firdauss Blog


TOTAL VIEWS THIS WEEK   4992TOTAL UNIQUES THIS WEEK






























































































K

DateUniquesViews
Dec-26310468
Dec-27516791
Dec-2810541627
Dec-29467743
Dec-30615975
Dec-3113501934
Jan-01680970
Total49927508


Harap-harap trafik blog ini terus meningkat baru bersemangat nak blogging he he....Sape nak blogwalking silakan sama-sama kita meriahkan lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,