Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan

Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Diedarkan bagi memudahkan golongan muda untuk mendapatkan lesen motosikal B2 selama dua minggu bermula dari sekarang.



Borang BL1M boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

Program ini menawarkan harga untuk mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun.

Yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen,gambar,kelas latihan amali, ujian teori,undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Kepada yang ingin mendaftar secara online @ ingin maklumat selanjutnya boleh klik  ==>> BL1M<<==

Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki


Penyanyi Ning Baizura Selamat Melahirkan Bayi Lelaki kira-kira pukul 3.06 pagi Khamis di sebuah hospital di ibu negara.Menurut pengurusnya,Aylwin Santiago,Ning Baizura dan anaknya itu kini berada dalam keadaan sihat.

Ning bersalin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaan mereka kini baik,menerusi satu kenyataan media ringkas pada Khamis.
Aylwin turut memberitahu kehadiran orang baru itu lebih bermakna apabila Ning,37,melahirkan bayi tersebut pada hari ulang tahun perkahwinannya yang kelima.Ning dan suaminya,Omar Sharif Christopher Layton Dalton,37 berkahwin pada 31 Januari 2008.

Galaxy Note 8.0 Menarik

Galaxy Note 8.0 Menarik rupa bentuknya seakan produk-produk Samsung yang baru dan akan datang dengan S-Pen yang besar.


Menarik semestinya Galaxy Note 8.0 ini dan merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai,apatah lagi dengan skrin bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan Galaxy Note 10.1.


Ada ura-ura mengatakan spesifikasi tablet ini dijangkakan akan datang dengan sepsifikasi seperti berikut: 

-Skrin: 1280 x 800 piksel  
-Prosessor empat teras Exynos
-Memori 2GB Ram  
-Android Jelly Bean
Kita akan melihat pengenalan rasmi peranti ini dengan MWC hanya kurang dari sebulan lagi.

Rahsia Wajah Wanita

Mungkin ada kebenarannya ataupun sekadar kebetulan sahaja.Ini merupakan tajuk entry pada kali ini iaitu tentang Rahsia Wajah Wanita buat pengetahuan anda.Wajah Wanita yang cantik merupakan daya tarikan bagi seorang lelaki apabila melihatnya.


Wanita Berdagu Bulat

Ada yang mengatakan wanita yang mempunyai dagu seperti bulat telur dikatakan ia tidak suka berbohong.Tidak mahu melakukan tindakan secara melulu dan kesetiaan terhadap cintaya boleh di percayai.

Wanita seperti ini mampu memberikan kebahagiaan buat suami dan mampu menjadi pelindung keluarga bahkan ia juga tidak suka bertengkar.

Wanita Berdagu Runcing

Wanita yang mempunyai dagu runcing lain pula perwatakan dan sikapnya.Sepintas lalu ia kelihatan ramah,tenang dan hidup teratur.Sayangnya anggapan itu tidak benar bila dalam hatinya bergolak atau merasa tidak sesuai dengan orang lain.

Secara tiba-tiba pula ia akan beubah menjadi seorang yang cerewet.Tanpa segan silu mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.Ia selalu menjadi mangsa cinta dan mudah jatuh cinta bahkan juga mudah melupakannya.Wanita ini biasanya berwajah cantik dan ramai lelaki mudah jatuh hati padanya.

Wanita Berdagu Besar Dan Tebal

Wanita berdagu bulat dan tebal biasanya pandai berpura-pura.Ia kurang memerlukan kehadiran seseorang lelaki,sedangkan nafsu seksnya amat besar.Apabila jatuh cinta maka segala apa yang dipertahankan mudah terlerai.

Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan seperti otaknya mampu menyelesaikan persoalan yang tidak mampu dilakukan oleh wanita lain.Juga memiliki bakat besar dalam sgala hal juga berpotensi untuk jadi kaya.

Wanita Berdagu Panjang

Wanita berdagu panjang memiliki watak yang bijaksana.Ia tidak cerewet dan berpura-pura dan bertenang menghadapi masalah yang datang dengan berfikir dengan kewajarannya untuk menyelesaikannya.

Pandai menjaga kehormatan baginya kehormatan wanita hanya akan diserahkan untuk insan yang bergelar suami sahaja.Ia juga mempunyai watak sebagai seorang pendendam.

Apa yang diperkatakan diatas hanyalah sebagai bahan bacaan sahaja.Ia tidak boleh dijadikan sebagai ukuran untuk melevel diri seseorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,