Pemakanan Bagi Pengidap Penyakit Darah Tinggi

Makanan adalah punca kepada penyakit darah tinggi.Oleh itu pengambilan makanan yang seimbang perlu ,ini mampu mengurangkan daripada mendapat penyakit darah tinggi.Di sini terdapat maklumat cara Pemakanan Bagi Pengidap Penyakit Darah Tinggi.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
  •   Garam / natrium
  •   Berat badan
                               
Garam / Natrium
Garam yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah.Elakkan daripada mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu teh dalam sehari) Setiap makanan mengandungi kandungan garam yang berbeza.
Menambah Perisa Dalam Makanan
Gunakan rempah-ratus, herba, bawang putih, bawang merah dalam masakan anda. Gunakan perahan jus limau untuk menggantikan garam dalam masakan. Makan lebih makanan yang segar dan semulajadi.
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
 Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

Cara Solekkan Di Bahagian Mata

Mata adalah pusat perhatian bagi semua orang yang melihat anda dan memiliki keindahan tersendiri.Tidak hairanlah wanita begitu menitikberatkan Solekan pada Bahagian Mata.Tahukah anda Cara Solekkan Di Bahagian Mata yang sebenar.

Ia secara tidak langsung memberi refleksi personaliti seseorang pada pandangan pertama sekali gus meninggalkan kesan tanggapan yang mendalam.Dalam pada itu, mengetahui bentuk mata anda juga penting bagi memastikan solekan yang sesuai. Berikut tip solekan untuk mata berasaskan bentuk dan kedudukan mata.Mata yang terletak berjauhan antara satu sama lain:

                      
Oleskan pembayang mata yang garang di bahagian luar sudut mata . Lakukan perkara yang sama di bahagian sudut dalam mata. Gunakan celak di bahagian atas dan bawah mata, selain maskara. Teknik itu membantu mendekatkan ruang di antara mata.Bentuk mata kecil:

Gunakan pembayang mata yang lembut di atas kelopak mata diikuti dengan pembayang warna yang pekat di hujung mata. Untuk membesarkan bukaan mata, gunakan penggulung bulu mata dan kemudian sapukan celak di bahagian atas dan bawah mata. Anda juga digalakkan supaya menggunakan warna yang suram dan berkilat.Mata yang terletak terlalu dekat dengan hidung:

Ia boleh dijarakkan secara manual dengan menggunakan pembayang mata di bahagian dalam sudut mata . Efek penggunaan warna smokey juga boleh disapu di bahagian luar sudut mata. Sebagai tambahan, gunakan celak dan maskara seperti biasa. Gariskan mata dengan celak yang bermula dari tengah ke bahagian luar mata .

Cara Masukkan Sitemap Pada Blog

Disini kita boleh lihat bagaimana Cara Masukkan Sitemap Pada Blog.Dengan adanya Sitemap Pada Blog,kita dapat meletakkan entri yang ada dalam blog dengan lebih kemas dan tersusun. Fungsi sitemap hampir sama dengan archive, tetapi sitemap lebih kepada kategori atau label, manakala archive lebih kepada susanan entri mengikut tarikh.


 

Boleh dikatakan sitemap lebih mudah di dapati untuk self-hosting, tetapi terdapat juga sitemap yang boleh diletakkan di blogspot. Sitemap untuk blogspot ini adalah berdasarkan kategori atau label yang anda masukkan semasa menaip entri blog.Lihat contoh tutorial untuk membuat sitemap ini adalah seperti dibawah:

1. Dari dashboard > posting > edit pages > new page

2. Copy code berikut dan paste di ruangan pages.


<script style="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/Sitemaprev2.js
"></script>
<script src="http://www.URL BLOG ANDA blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>


                                             Contoh








3. Save dan publish page anda.



                               

Cara Buang Facebook Timeline

Kini Facebook sudah berwajah baru iaitu dengan penambahan timeline.Sesetengah pengguna facebook tidak selesa dengan adanya timeline ini.Di sini terdapat Cara Buang Facebook Timeline.

Ia dapat hilangkan timeline dari pandangan.Langkah pertama masuk ke laman web timeline remove terlebih dahulu iaitu http://www.timelineremove.com/


 


Langkah kedua scroll ke bawah hingga jumpa logo google chrome yang bergerak-gerak,klik pada logo google chrome tersebut.File untuk download akan muncul,klik save.



 

 
Langkah ketiga,akan dapat lihat ruangan untuk install seperti gambar di bawah ini .Sila ikut arahan untuk install.

 


Langkah keempat, untuk buang timeline facebook telahpun siap.Sila lihat di ruangan atas sebelah kanan sebelah icon sepana akan kelihatan huruf 't'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,