Cara Solekkan Di Bahagian Mata

Mata adalah pusat perhatian bagi semua orang yang melihat anda dan memiliki keindahan tersendiri.Tidak hairanlah wanita begitu menitikberatkan Solekan pada Bahagian Mata.Tahukah anda Cara Solekkan Di Bahagian Mata yang sebenar.

Ia secara tidak langsung memberi refleksi personaliti seseorang pada pandangan pertama sekali gus meninggalkan kesan tanggapan yang mendalam.Dalam pada itu, mengetahui bentuk mata anda juga penting bagi memastikan solekan yang sesuai. Berikut tip solekan untuk mata berasaskan bentuk dan kedudukan mata.Mata yang terletak berjauhan antara satu sama lain:

                      
Oleskan pembayang mata yang garang di bahagian luar sudut mata . Lakukan perkara yang sama di bahagian sudut dalam mata. Gunakan celak di bahagian atas dan bawah mata, selain maskara. Teknik itu membantu mendekatkan ruang di antara mata.Bentuk mata kecil:

Gunakan pembayang mata yang lembut di atas kelopak mata diikuti dengan pembayang warna yang pekat di hujung mata. Untuk membesarkan bukaan mata, gunakan penggulung bulu mata dan kemudian sapukan celak di bahagian atas dan bawah mata. Anda juga digalakkan supaya menggunakan warna yang suram dan berkilat.Mata yang terletak terlalu dekat dengan hidung:

Ia boleh dijarakkan secara manual dengan menggunakan pembayang mata di bahagian dalam sudut mata . Efek penggunaan warna smokey juga boleh disapu di bahagian luar sudut mata. Sebagai tambahan, gunakan celak dan maskara seperti biasa. Gariskan mata dengan celak yang bermula dari tengah ke bahagian luar mata .
Puaskan Isteri Di Ranjang...!!!
Mencari Kerja Di Rumah...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,