Risiko Seks Sebelum Kahwin

Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai  budaya dan sosial mereka.Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan Risiko Seks Sebelum Kahwin biasanya tidak dirancang.
Siapakah yang berisiko
  • Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
  • Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
  • Kurang berminat dengan sekolah
  • Sejarah penderaan fizikal atau seksual
  • Kurang pengawasan ibu bapa
     
                                         
Apakah kesan-kesannya
  • Dari aspek perubatan:
    • Kehamilan yang tidak diingini
    • Pengguguran anak yang tidak selamat
    • Pembuangan bayi
    • Jangkitan seksual
  • Dari aspek psikologi dan sosial:
    • Masalah perhubungan. Lihat
    • Mengalami gangguan emosi
    • Tiada keharmonian keluarga dan sosial
    • Implikasi undang-undang
       
Bagaimana untuk mengelakkannya
  • Elakkan melakukan hubungan seks
    • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
    • Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan"Tidak, bukan sekarang". 
    • Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
    • Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
  • Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
     
Apakah implikasi undang-undang yang ada
  • Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
  • Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.
  • Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai "Statutory rape" .

Puaskan Isteri Di Ranjang...!!!
Mencari Kerja Di Rumah...!!!

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,