Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami

Apa yang ditulis ini adalah sekadar renungan bersama tanpa menyakiti hati sesiapa.Kita sering dengar cerita suami menyakiti hati isteri tapi apakah Balasan Isteri Yang Suka Menyakiti Hati Suami mereka:


Nabi Muhammad s.a.w.ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu,antaranya Baginda diperlihatkan dua orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka itu suka menyakiti hati suami mereka dengan kata-kata mereka.

Antara ciri-ciri isteri yang suka menyakiti hati suami  dan bakal menjadi penghuni neraka :

Kufur Dengan Kebaikan Yang Telah Diberikan Oleh Si Suami

Padahal yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang diberikan suaminya,janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan si suami karena Allah tidak akan melihat isteri seperti ini.

Derhaka Terhadap Suami Antaranya
  • Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
  • Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.
  • Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri karena ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
  • Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau balasan isteri yang suka menyakiti hati suami yang akan diterima di akhirat nanti.Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua,khususnya kaum isteri.         
Puaskan Isteri Di Ranjang...!!!
Mencari Kerja Di Rumah...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,