Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, kebiasaan si isteri akan menolak untuk diajak bersama. Bagi mereka,  hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.Pada hakikatnya tidak ada hukum yang melarang untuk melakukan hubungan intim. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.Cara Urus Keinginan Seks Di Bulan Ramadhan yang boleh di jadikan panduan.
                                              
1. Jangan jadikan ia satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan ramadhan seperti menjadi beban buat anda terutamanya isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai  masa tidur yang cukup. 


2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan kehendak suami.Lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah menjadi kewajipan bagi isteri. 


3. Cari waktu yang sesuai
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi  suami anda yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur.


5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan ramadhan dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa ghairah pada isteri.

6. Dapatkan rehat secukupnya

Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum melakukan hubungan intim ketika di bulan ramadhan.Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.

7. Jaga stamina

Anda juga di nasihatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk melakukan hubungan intim pada malam hari. 



Perkahwinan Yang Tidak Bahagia

Di dalam perkahwinan setiap pasangan semestinya mengimpikan kebahagiaan.Tidak sesiapa pun yang mahukan Perkahwinan Yang Tidak Bahagia.Dalam membina keluarga yang bahagia pastinya tidak semudah apa yang di harapkan.

                                      

Kita lihat sahaja pada masa sekarang,kes penceraian sudah semakin meningkat,kita sering dengar kes-kes penceraian terbaru.Punca kepada keretakan dalam sesebuah rumah tangga terlalu banyak.Ianya berpunca daripada suami mahupun isteri.

Kegagalan komunikasi antara isteri dan suami juga salah satu punca perkahwinan tidak bahagia.Ada masalah atau rasa tidak puashati di pendam dan tidak di luahkan untuk berbincang.Kurang mesra atau kurang bercakap antara pasangan, juga merupakan punca.

                                 
Sifat pada pasangan itu tidak boleh di nilai dalam masa bercinta,ini kerana masa bercinta masing-masing menunjukkan yang terbaik tetapi bila sudah melangkah ke alam rumah tangga,baru kita tahu sifat sebenar pasangan kita.Contohnya,dulu bersifat lembut,penyabar dan bertolak ansur tetapi sesudah berumah tangga bersifat kasar,menjadi pemarah dan pentingkan diri sendiri. 

Hubungan intim juga antara penyebab rumahtangga tidak bahagia.Ini pernah di paparkan di akhbar,73 peratus wanita malaysia tidak puas di ranjang...                              


Wanita Lebih Suka Marah-Marah

Ada sesetengah Wanita lebih Suka Marah-Marah.Walaupun perkara itu hanya remeh temeh,tetapi cuba dibesar-besarkan.Ada yang mengatakan wanita tidak suka mengalah contohnya bila mahukan sesuatu,seboleh-boleh dia ingin mendapatkannya.

                                 
Lebih-lebih lagi perempuan yang tengah hot, memang tak boleh di elak. Silap sikit, mesti kena marah. Ini selalunya berlaku bila diorang tengah stress atau tension. Berbeza dengan lelaki, walaupun tension tapi masih boleh still under control.Ini bergantung pada setiap individu. Ada juga lelaki out control kalau kena marah je....

Lelaki selalu berangggapan kalau wanita suka marah-marah, mesti wanita itu sedang period. Biasalah perubahan hormon juga boleh memberi kesan pada emosi seseorang.Kalau wanita sedang period , sesetengah lelaki sudah bersiap sedia tingkatkan kesabaran yang tinggi....tapi jika lelaki tu belum berkahwin macamne nak tahu wanita tu sedang period...lihat je kalau wanita tu asyik nak marah-marah,sedang period la tu tandanya...he he.Ini adalah sekadar pandangan individu sahaja....


Kuat Berangan Punca Muka Tumbuh Jerawat

Ada yang mengatakan Kuat Berangan merupakan Punca Muka Tumbuh Jerawat.Tapi tak tahu ia merupakan fakta punca sebenar jerawat.Logiknya masalah jerawat pada muka di sebabkan faktor kulit muka seseorang dan bukannya disebabkan kuat berangan.

                               

Di sini terdapat beberapa tips cara menghilangkan jerawat secara tradisional tanpa menggunakan rawatan atau ubat-ubatan yang boleh di amalkan.Semoga petua ini dapat membantu anda dalam masalah jerawat.

Mencuci wajah 2 kali sehari
Mencuci wajah 2 kali sehari akan membantu menghilangkan minyak di permukaan kulit kita. Jika kita jarang membersihkannya, maka bakteri penyebab jerawat akan hidup subur di wajah kita. 

                        

Limau nipis
Ambil sebiji limau nipis dan potong menjadi dua bahagian .Kemudian ambil limau nipis yang telah di potong tadi,dan sapukan ke permukan kulit muka yang berjerawat.Biarkan jus limau nipis kering di kulit muka,kemudian cuci wajah dengan air bersih.Ia dapat menghilangkan minyak-minyak pada kulit muka dan dapat mengurangkan jerawat.

                          

Amalkan makan sayur dan buah
Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang membantu kulit agar kekal sihat. Amalkan makan sayur atau buah, terutamanya  yang mengandung vitamin E. Kulit yang sehat, boleh menghindari jerawat untuk tumbuh dan berkembang.
                          
                       

Tidur yang cukup dan teratur

Waktu tidur yang cukup dan teratur dapat  menyihatkan kulit kita,ini kerana waktu kita tidur, kulit akan bertindakbalas dan membuang racun-racun yang berbahaya sehingga saat kita bangun pada keesokan harinya kulit kita akan kembali sihat dan segar.

                        

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,