Dapat Google Sitelinks

Macam tak percaya ataupun mungkin browser dekat laptop ini yang mengindeks.Dari search engine google yang aku buat blog cabuk ini rupanya Dapat Google Sitelinks sememangnya tidak diduga oleh fikiranku.


Ada yang mengatakan daripada hasil kajian oleh pakar SEO,blogger dan sebagainya,menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik pada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor berikut:

☛  Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
☛ Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas juga klik pada link yang ada di enjin carian
☛ Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
☛ Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang bergunaUsia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih) 

Manfaat Google Sitelinks

Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi,secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut.Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat,menarik dan berkualiti. 

Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP),Selain itu,Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.

Petikan Dari Webmaster Google Tentang Sitelinks


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,