Seseorang wanita kebiasannya menitik beratkan tentang soal wajah mereka.Kepada yang menginginkan wajah yang lebih cerah boleh mengikuti petua ini tentang Cara Mencerahkan Kulit Wajah agar kelihatan lebih menarik dari pandangan mata.
Bermula dengan membasuh muka atau membersihkan wajah anda daripada kekotoran dengan air bersih.Kemudian keringkan wajah dengan tisu basah.Campurkan satu sudu gula pasir atau gula perang dengan pencuci muka yang biasa digunakan. Sapukan campuran tersebut ke wajah anda dengan urutan secara membulat dan biarkan seketika.Seterusnya bilas dan diakhiri dengan bilasan kali kedua dengan air sejuk bagi menutupi liang pori.
Jika anda seorang yang tidak ambil kisah tentang tahap kewangan sila ambil perhatian,ini kerana Perancangan Kewangan Amat Penting untuk masa hadapan.Jika berlaku perkara yang tidak diingini apakah persediaan anda.
Jika sejak dari awal lagi tahap kewangan anda tidak setabil dan tidak mengambil sebarang tindakan atau langkah untuk memperbaiki,nescaya ia akan memberi kesan yang buruk di masa akan datang.Mari kita lihat dua tahap kewangan yang perlu dikaji ke atas diri anda. Kewangan Selamat Ini bermakna sekiranya anda berhenti kerja atau di buang oleh majikan anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga selama enam bulan.Dalam jangka waktu tersebut logiknya seseorang itu telahpun mendapatkan pekerjaan lain Ringkasnya disini buat simpanan sekurang-kurangnya untuk cover kewangan anda untuk masa enam bulan,kalau lebih lagi bagus.Walaupun kita tahu kos sara hidup sekarang semakin meningkat ini tidak bermakna kita tidak menyimpan langsung. Kewangan Tidak Selamat Dalam erti kata lain sekiranya ada pun simpanan hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan.Sekiranya hilang kerja esok ,sebulan sahaja anda boleh menampung perbelanjaan harian dengan wang simpanan yang ada. Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun.Namun tidak dapat dinafikan ramai di antara kita berada dalam keadaan sebegini.Lakukan sesuatu untuk memperbaiki tahap kewangan anda dan berusaha untuk mengubahnya.
Tidak dapat dinafikan lelaki memang terkenal dengan sikap egonya,dalam apa jua yang di lakukan sememangnya ia ingin dilihat tampil bergaya namun ada sebilangan yang tak macam tu.Lelaki Juga Mudah Menangis,sebagai manusia biasa yang punya perasaan apabila hati mengemudi emosi akan gugurlah air mata kejantanannya.
Menangis biasa dikaitkan dengan golongan wanita tetapi apabila lelaki yang menangis pasti ramai yang pelik dan jadi tanda tanya.Mari kita lihat apa punca seorang lelaki mengalirkan airmatanya. Kematian Orang Yang Disayangi
Ia turut merasa kehilangan orang yang disayangi apabila mengahadapi situasi perit seperti kematian.sudah pasti jasadnya tidak tertanggung menahan kesedihan.Contohnya kematian melibatkan isteri,ibu dan ayah.
Kegagalan
Tidak semua lelaki mampu menanggung kesedihan akibat kegagalan.Paling ketara apabila mereka kegagalan dalam hubungan rumah tangga dan juga kerjaya.
Bergelar Ayah
Menyaksikan saat isteri melahirkan di bilik bersalin pastinya memberi keinsafan apabila melihat si isteri menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi zuriat tercinta pasti mengundang perasaan terharu dan sedih.
Kesyukuran
Terlalu gembira apabila berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang di impikan setelah bersusah payah berusaha sekian lama.
Keinsafan
Apabila mendapat petunjuk menjadi insan yang lebih baik antara sebab lelaki mudah menangis ini kerana selepas menerima hidayah,mereka mudah tersentuh mengenangkan dosa-dosa silam yang pernah di lakukan.
Bicara kata hikmah di tujukan khas buat pembaca entry ini,untuk renungan bersama mengenaiKata-Kata Hikmah di bawah agar dapat memberi motivasi kepada diri anda agar menjadi insan lebih baik dari segi cantik di hati.
Saat hati berkata " ingin " namun Allah berkata " tunggu. "
Saat air mata harus menitis ,namun Allah berkata " tersenyum. "
Saat segalanya terasa " membosankan " namun Allah berkata " terus melangkah. "
Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangannya lebih baik.
Bukan mudah tersenyum ketika hati sedang menangis,tetapi akan terasa mudah ketika kita menyedari bahawa itu adalah sebahagian dari kasih ilahi.