Gaya Bertudung Terbaru 2012

Bertudung adalah perkara wajib bagi setiap wanita muslim,Gaya Bertudung Terbaru 2012 kelihatan sangat berbeza daripada masa dahulu.Wanita masa kini menggayakan pemakaian tudung dengan pelbagai fesyen Terbaru. 


                   
Gaya bertudung juga menjadi ikutan dari pemakain tudung oleh artis tertentu contohnya gaya bertudung dari Yuna,Wardina,Ikin dan ramai lagi.Yang paling penting pemakaian tudung adalah untuk mengikut syariat agama dan bukan fesyen semata-mata.
                                                   
                                                       
Wanita bertudung kini semakin bijak memilih tudung yang sesuai dan menarik  mengikut busana pilihan mereka agar penampilan mereka lebih kelihatan anggun dan menawan di luar sana.
                                          

Cara Menulis Artikel Di Blog

Di sini terdapat panduan Cara Menulis Artikel Di Blog dengan lebih menarik yang saya perolehi untuk di kongsikan bersama.Panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu mempersembahkan catatan yang lebih menarik kepada pembaca blog kita.
                       
                   


Langkah 1
Tidak menggunakan susunan perkataan yang begitu sukar untuk di fahami.


Langkah 2
Catatan mengikut perenggan.Setiap perenggan tidak melebihi 10 baris perkataan.Minimakan jumlah susun kata ayat bagi setiap perenggan.


Langkah 3
Jangan menggunakan huruf besar pada keseluruhan tajuk dalam sesebuah catatan.Huruf besar hanya pada permulaan ayat.


Langkah 4
Bagi blog yang berbentuk santai dan personal gunakan kaedah penulisan seperti percakapan harian.Ia juga kelihatan bersahaja dalam sesuatu perkara.


Langkah 5
Menggunakan kaedah petanyaan dalam catatan.Ini boleh memberi interaksi dua hala kepada para pembaca blog.


Langkah 6
Masukkan fakta asal bagi tajuk yang di perolehi dari artikel lain.Ia berbentuk " Quote" ataupun pautan ( "Link")

Langkah 7
Masukkan gambar yang berkaitan sebagai simbolik dalam sesebuah catatan.Sesetengah catatan yang panjang akan membosankan para pembaca tanpa di tambah imej atau gambar yang mempunyai hubungkait dengan catatan tersebut.

Cara Tingkatkan Traffik Ke Blog

Mungkin ramai yang sudah tahu Cara Tingkatkan Traffik Ke Blog dengan meta tag.Kepada yang belum tahu boleh lihat tips ini. Tahukah anda default setting pada template blogger yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada engine carian google.Ini di sebabkan,title meta tag akan memaparkan tajuk blog dahulu dan baru di ikuti dengan tajuk post atau entry blog.



Anda perlu mengubah costum title meta tag agar blog lebih mesra dengan engine carian google.Yang perlu dilakukan adalah dengan menggantikan default title tag.Lihat contoh dibawah:

Langkah 1

Log in ke blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan kekunci Ctrl + F. Cari kod <title><data:blog.pagetitle/></title> dan paste pada ruangan Find dan Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah ini :


<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


Langkah 4

Gantikan kod asal <title><data:blog.pagetitle/></title> kepada kod yang anda copy pada langkah 3 tadi.

Langkah 5

Preview terlebih dahulu template,sekiranya tiada error barulah save.Selamat mencuba...

Tips Menghilangkan Perut Buncit

Bagi yang mempunyai masalah perut buncit mungkin terasa bosan apabila memakai baju,bila melihat perut kelihatan terlebih kehadapan.Tidak dapat memakai baju mengikut bentuk badan.Rasa cemburu dengan mereka yang memiliki perut tidak buncit dan cantik.Di sini terdapat Tips Menghilangkan Perut Buncit agar kelihatan lebih cantik dan menarik.

                        


1) Pengambilan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang menarik,kita boleh mengamalkan pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian,kerana ia dapat membantu kita untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul seperti makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks,serat,vitamin dan mineral,protein,ikan dan sayuran berdaun hijau.


2) Jangan mengambil makanan ringan
Untuk yang mahu menghilangkan masalah perut buncit, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya akan membawa kepada kandungan kalori yang tinggi.Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. 

3) Jangan makan pada lewat malam
Elakan makan di waktu tengah malam.Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana itu merupakan masa tidur,proses pembakaran akan berhenti. Selain itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. 

4) Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha menghilangkan perut buncit.Kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan amalkan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter,iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.


5) Melakukan senaman kardio

Senaman ini sesuai untuk mereka yang ingin menghilangkan masalah perut buncit,senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa.Lakukan senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© 2012 Aiman Firdauss Blog
==>> TERIMA KASIH DI UCAPKAN KERANA MEMBACA BLOG INI,,,Klik LIKE... ! UNTUK SUPPORT PAGE INI,,,